Cara Renew SSM Secara Online. Cepat Dan Mudah!

Cara Renew SSM Secara Online

Untuk peniaga diluar sana, jangan lupa untuk semak bila tarikh SSM anda tamat tempoh. Anda kena perbaharui atau renew tau lesen perniagaan anda tersebut.

Sekarang tidak perlu lagi untuk anda datang ke kaunter SSM bagi urusan perbaharui lesen perniagaan tersebut, sebaliknya boleh dilakukan secara online sahaja.

Dengan itu, anda boleh jimat kos pengangkutan dan jimat masa lagi. Ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Nak bayar pun guna online.

Kenapa Perlu Renew SSM?

Terdapat 2 sebab kenapa anda perlu renew sijil SSM adalah iaitu yang pertama adalah bagi memastikan perniagaan yang dijalankan sah di sisi undang-undang.

Manakala yang kedua adalah bagi mengelakkan pemilik perniagaan tersebut dikenakan sebagai kompaun jika lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan.

Berapa Kompaun Yang Dikenakan Sekiranya Lewat Renew?

Sekiranya lewat, kompaun atau denda yang dikenakan adalah sebanyak RM20 untuk bulan pertama, dan bulan seterusnya perlu ditambah RM10 bagi setiap bulan yang lewat.

Jika pemilik perniagaan didapati lewat untuk memperbaharui lesen perniagaan SSM tersebut selama 12 bulan, maka kompaun yang perlu dibayar ialah RM130.

Sekiranya telah tamat tempoh selepas 12 bulan, anda tidak boleh renew lagi. Perniagaan anda ditamatkan. Jadi anda perlu daftar baru di kaunter SSM + bayaran kompaun.

Cara Renew Atau Perbaharui SSM

Terdapat 2 cara yang anda boleh lakukan untuk renew sijil SSM iaitu anda boleh pergi kaunter-kaunter SSM yang berdekatan atau boleh dibuat secara online sahaja.

Lakukan secara online ianya lebih mudah dan cepat serta sijil SSM anda akan siap dan dihantar terus ke email dalam masa 1 jam sahaja.

BACA : Cara Daftar SSM Secara Online Dengan Mudah Dan Cepat

1)  Masuk ke portal ezbiz.ssm.com.my dan sign in seperti biasa. Jika belum ada akaun, anda boleh daftar terlebih dahulu dan klik pada butang Sign Up

2)  Kemudian pergi pada bahagian My Bussiness Service dan klik Renewal by Owners.

Cara Renew SSM Secara Online

3)  Seterusnya akan dipaparkan senarai perniagaan anda yang telah didaftarkan. Klik pada butang Action.

Cara Renew SSM Secara Online

4)  Disini akan dipaparkan maklumat ringkas berkaitan butiran perniagaan anda. Sekiranya anda lambat renew, akan diselitkan compound amount.

Selain itu, ada perlu pilih tempoh pembaharuan iaitu bermula 1 tahun hingga 5 tahun. Terpulang kepada anda. (1 tahun = RM60 atau RM30 dan Business info = RM10). Tick Deklarasi dan klik pada butang Proceed to Payment.

Cara Renew SSM Secara Online

5)  Buat pembayaran seperti biasa sama ada menggunakan kad debit/kredit dan juga pembayaran secara online banking. Selesai!

Cara Download Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (SSM) Yang Baru

Selepas selesai buat pembayaran, anda boleh muat-turun sijil SSM yang baru menerusi website yang sama juga ezbiz.ssm.com.my

1)  Klik semula pada My Bussiness Services dan kali ini pilih Renewal History.

Cara Renew SSM Secara Online

2)  Akan diapaparkan senarai perniagaan yang telah anda berjaya perbaharui sebelum ini. Klik pada butang Action.

Cara Renew SSM Secara Online

3)  Cari dan klik pada butang Download Certificate dan Download Business Info (jika ada). Selesai! Dah boleh print baru.

Cara Renew SSM Secara Online

Anda perlu ingat, sijil SSM tersebut perlu dimuat-turun dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonana diluluskan. Nanti takut dah tak wujud pula sijil SSM tu.

Post a Comment

Previous Post Next Post