Telefilem Asam Manis Gulai Cinta (Drama On 2 Di TV2)

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta TV2

Sebuah lagi telefilem tempatan terbaru untuk tayangan TV2 sebelum tahun ini menutup tirai iaitu berjudul Asam Manis Gulai Cinta yang akan bersiaran pada 28 Disember 2021 di TV2.

BACA: Telefilem Cinta Semanis Bubble Tea Di TV2

Telefilem berdurasi 120 minit ini merupakan idea asal dan terbitan daripada Creative Stew, diarahkan oleh Imri Nasution dan nukilan skrip oleh Hazo M.

Asam Manis Gulai Cinta menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Azrel Ismail, Fatin Afeefa, Hairi Safwan, Fazlina Ahmad daud dan ramai lagi.

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta TV2

Sinopsis Asam Manis Gulai Cinta

Asam Manis Gulai Cinta mengisahkan Rafiq (Azrel Ismail), seorang Cef Selebriti Masakan Barat yang ego dan teratur kerjanya. Dia yang kecewa dengan kehidupannya, terpaka bekerja di sebuah warung masakan Pahang selepas dipecat ditempat kerja lamanya.

Majikannya merupakan seorang tukang masak tempatan yang jelita bernama Daria (Fatin Afeefa). Kerana terlalu sibuk dengan kerjayanya, Rafiq tidak sempat bertemu ibunya buat kali terakhir untuk meminta maaf. Kesal dengan kesilapan tersebut, Rafiq mula berubah!

Telefilem Asam Manis Gulai Cinta TV2

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Asam Manis Gulai Cinta pada 28 Disember ini, hari Selasa, jam 9 malam di slot Drama On 2 di TV2.

Selain itu, cerita ini juga anda boleh saksikan secara online menerusi website RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my atau menggunakan aplikasi.

Post a Comment

Previous Post Next Post