Tangan Rasa Pedas, Ini Antara Cara Nak Hilangkan Rasa Pijar

tips dan cara hilangkan rasa pijar pada tangan

Rasanya kalau orang biasa masuk dapur pasti selalu akan merasa pijar pada tangannya lebih-lebih lagi pada kaum wanita apabila memasak dan pegang cili. Jadi pada tangan rasa seakan-akan pedas atau terbakar kan.

Mungkin si ibu sudah biasa dengan rasa ini kerana mereka kerap berada di dapur. Tetapi bagi mereka yang jarang mungkin berasa sangat tidak selesa bila memasak dan perlukan pegang cili dengan kuantiti yang banyak pada akhirnya tangan rasa pijar.

Pijar ni rasa macam mana? Untuk senang faham, kalau cili terkena pada lidah kita, kita akan rasa pedas. Tetapi kalau cili yang terkena pada kulit kita seperti tangan kita akan rasa pijar.

Tangan kita rasa pijar selepas pegang cili adalah disebabkan cili mengandungi capsaicin. Sebatian ini akan merangsa seseptor deria sakit yang berada di sekitar tangan kita. Jadi kita akan rasa tidak sakit dan pastinya tidak selesa.

Cara Hilangakan Rasa Pijar Pada Tangan Selepas Pegang Cili

Capsaicin ini ianya tidak larut air. Jadi kalau kita cuci tangan dengan air sahaja, ianya sukar untuk ditanggalkan dari kulit kita kerana ianya tak larut air.

Jadi melalui perkongsian Dr. Kamarul Ariffin di twitter beliau, terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk hilangkan rasa pijau di tangan.

#1. Susu

Susu berlemak dan menganduni sejenis protin dipanggil casein. Ia akan memutuskan ikatan antara capsaicin dengan reseptor di kulit. Selepas cuci dengan susu, bilas pula dengan air sabun.

#2.  Minyak

Disebabkan capsaicin yang ada pada cili ini larut minyak, jadi anda boleh gunakan minyak untuk basuh tangan pijar anda. Minyak akan mencairkan capsaicin. Selepas itu perlu juga bilas dengan air sabun.

#3.  Cuka

Capsaicin bersifat alkali, jadi secara teori bahan berasid boleh meneutralkan atau melemahkan kesannya. Jadi antaranya, boleh gunakan air asam, perahan limau atau sos tomato.

#4.  Alkohol

Antara cara lain untuk anda hilangkan rasa pijar pada tangan anda adalah menggunakan alkohol. Jadi boleh gunakan pensanitasi (sanitizer) tangan berasaskan alkohol untuk mencuci tangan yang pijar. Kena guankan banyak.

#5.  Losyen

Anda boleh gunakan losyen yang berasaskan minyak untuk melarutkan capsaicin, kemudian disusuli dengan bilasan air sabun untuk buang losyen yang telah dicemari dengan capsaicin sebentar tadi.

#6. Gosok

Akhir sekali, selain anda menggunakan bahan-bahan tertentu seperti yang disenaraikan sebelum ini, capsaicin juga boleh ditanggalkan dengan kaedan geseran. Jadi anda boleh gosok tangan dengan tuala, berus, garam atau hampas kepala.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat terutamanya bagi mereka yang selalu sahaja melakukan aktiviti dengan cili dan selalu berasakan pijar tangan ketika menggunakannya.

Post a Comment

Previous Post Next Post