Astro Menawarkan Tontonan Percuma Dari 29 Januari Hingga 6 Februari

Astro Menawarkan Tontonan Percuma Dari 29 Januari Hingga 6 Februari

Kepada pelanggan Astro, ini berita baik buat anda. Astro akan memberikan tontonan percuma kepada semua pelanggan untuk semua saluran filem dan korea bermula 29 Januari hingga 6 Februari 2022.

BACA : Astro Belanja Tontonan Percuma Sepanjang PKP 'Lockdown'

Ini bagi menghargai pelanggan selepas memenangi anugerah di Putra Brand Awards 2021 yang juga kemenangan berturut-turut untuk tahun 12. Ianya semua atas sokongan orang ramai.

Pelanggan Astro akan dapat nikmat hiburan tanpa henti dari filem-filem hebat di siaran HBO, HBO Family, HBO Hits, Cinemax, Showcase Movies, Astro Citra, Astro Box Office Movies, Thangathirai, Astro Box Office Bollyone HD, Hits Movie, Celestial Movies, tvN Movie, BOO, K-Plus, tvN dan Oh!K

Dalam tempoh ini, anda boleh la saksikan filem-filem blockbuster seperti Scooby-Doo, Top Gun, Moral Kombat 2021, Superman Return, Oblivion, Passengers, G.I. Joe: Retaliation dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh nikmati potongan RM10 untuk pembelian di Go Shop bermula hari ini sehingga 6 Februari 2022. Gunakan kod PUTRATQ10. Tertakluk pada terma & syarat

Post a Comment

Previous Post Next Post