Astro Belanja Tontonan Percuma Sepanjang PKP 'Lockdown'

Astro Belanja Tayangan Percuma Sepanjang PKP 'Lockdown'

Berita baik untuk semua pelanggan Astro dimana mereka mengumumkan tontonan komplimentari atau tontonan percuma sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau 'Total Lockdown'.

Kita sedia maklum, Kerajaan telah mengenakan Total Lockdown bagi seluruh negara bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Dalam tempoh ini, semua sektor perniagaan dan perkhidmatan ditutup kecuali perkhidmatan perlu. Selain itu, sektor sosial juga tidak dibenarkan diadakan. Oleh itu, rakyat perlu terus berada di rumah dan keluar jika perlu sahaja.

Dalam tempoh ini, rakyat Malaysia pastinya mengabiskan masa hanya di rumah. Bekerja Dari Rumah dan PdP atau belajar di rumah secara online.

Oleh itu, dengan keadaa tersebut, Astro tampil dengan inisiatif untuk memberi tontonan komplimentari untuk semua saluran yang diumumkan bermula 1 hingga 14 Jun 2021. Tontonan percuma ini adalah terpakai untuk SEMUA pelanggan Astro.

Tonton Percuma Daripada Astro

Astro Belanja Tayangan Percuma Sepanjang PKP 'Lockdown'

Kali ini, Astro memberikan tontonan percuma bagi Kids Channel, News Channel dan juga BollyOne HD untuk anda. Antara channel yang anda boleh tonton secara percuma ini adalah seperti berikut:

Kids Channel

  • Cartoon Network (CH615)
  • Boomerang (CH619)
  • Nickelodeon (CH616)
  • Nick Jr. (CH617)
  • Ta-Daa! (CH612)
  • Astro Ceria (CH611)
  • Astro Xiao Tai Yang (CH304)

News Channel

  • CNN (CH511)
  • BBC World News (CH512)
  • AlJazeera (CH513)
  • Sky News HD (CH514)
  • CNA (CH515)
  • CNBC (CH 516)
  • Bloomberg TV (CH517
  • ABC Ausralia (CH518)
  • Astro Awani (CH501)
  • Bernama (CH502)
  • CGTN (CH503

Astro Box Office (BollyOne) HD (CH251)

Selain tonton di tv, anda juga boleh dapatkan akses siaran percuma ini menerusi aplikasi Asto Go atau secara On Demand.

Post a Comment

Previous Post Next Post