Tontonan Percuma Di Pawagam MBO Atria Shopping Gallery Selama 3 Hari Bermula 24 Disember Ini

Tontonan Percuma Di Pawagam MBO Astria Shopping Gallery Selama 3 Hari Bermula 24 Disember Ini

Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar kawasan, pihak MBO akan mengadakan tontonan filem secara percuma di panggung wayang Atria Shopping Gallery.

Promosi ini akan berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu bermula 24 Disember sehingga 26 Disember 2021 (Jumaat hingga Ahad).

Dengan pengumuman tersebut, MBO kini telah kembali selepas mengumumkan penutupan dan henti operasi pada Mei yang lalu.

Dengan kembalinya mereka, kini anda mempunyai banyak pilihan panggung wayang bagi menonton filem kegemaran anda di skrin yang lebih besar.

Tontonan Percuma Di MBO Astria Shopping Gallery

Antara filem yang akan ditayangkan secara percuma untuk orang ramai seperti Venon, Fast & Furious 9, Godzilla vs Kong dan Raging Fire.

Jika anda berkelapangan, anda boleh dapatkan tiket percuma ini 2 jam sekurang-kurangnya sebelum sesi tayangan berlangsung iaitu di Mall Ground Floor (bersebelahan dengan Book Excess)

Anda boleh lihat disini, jadual tayangan filem yang berlangsung pada 24, 25 dan 26 Disember ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post