Jika Barangan Cuckoo Anda Terlibat Dengan Banjir, Mereka Akan Bantu. Ini Anda Perlu Buat

Jika Barangan Cuckoo Anda Terlibat Dengan Banjir, Mereka Akan Bantu. Ini Anda Perlu Buat

Kita sedia maklum beberapa kawasan di beberapa seperti Selangor, Pahang dan Melaka baru-baru ini dilanda bencana banjir luar jangkaan sehingga ramai yang terkandas untuk beberapa hari atau bermalam di pusat pemindahan sementara (pps).

Kini sepertinya kawasan paling kuat terjejas dengan bencana ini terutamanya di beberapa kawasan di Selangor seperti Shah Alam dan Klang mula menunjukkan penurunan atau air sudah mulai surut.

Mereka yang terjejas mula kembali ke kediaman masing-masing untuk melihat keadaan rumah mereka selepas hebat dilanda air banjir untuk beberapa hari tersebut.

Pastinya ianya memberikan kesan buruk kerana lama berendam di dalam air. Banyak perlatan rumah rosak, perabut, alat-alat elektronik, perkakas rumah dan sebagainya.

Jadi atas dasar perihatin kepada mangsa-mangsa banjir, syarikat elektronik Cuckoo telah mengeluarkan kenyataan dimana mereka akan bantu para pelanggan jika barangan Cuckoo mereka terjejas atau rosak akibat banjir.

Mungkin ada penapis air, penapis udara, tilam, multi-cooker dan sebagainya ada yang rosak ketika bencana berlaku

Bantuan Untuk Produk Cuckoo Yang Terjejas Akibat Banjir

Mereka ada kongsikan cara-cara untuk buat laporan atas kerosakan tersebut melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook rasmi mereka CUCKOO

1.  Anda perlu ambil gambar mana-mana produk Cuckoo yang terkesan akibat banjir tersebut

2.  Kemudian buat laporan polis bagi tuntuan waranti

3.  Jika sudah dua perkara tersebut, anda perlu email ke pihak Cuckoo di info@cuckoo.com.my atau boleh Live Chat di www.cuckoo.com atau di aplikasi Cuckoo

4.  Jika mereka sudah menerima laporan anda, pihak HQ akan hantar wakil untuk pemeriksaan barangan yang terjejas tersebut.

5.  Jangan risau, anda diberikan tempoh sebulan untuk berbuat demikian

Pihak Cuckoo juga mengingatkan untuk jaga kesihatan dan keselamatan yang menjadi perkara utama ketika ini.  

Post a Comment

Previous Post Next Post