Drama Oh My Hantaran Di Slot Diandra TV9

Drama Oh My Hantaran Di Slot Diandra TV9

Menyusuli Mr Millennium, drama 'Oh My Hantaran' ini akan mengisi slot Diandra bermula 29 Disember 2021, yang bakal disiarkan di siaran TV9.

Drama bersiri 20 episod terbitan Tanah Beris Film, diarahkan oleh Shuhaimi Lua, nukilan skrip oleh MF Kencana yang juga menampilkan pelakon-pelakon baru dan lama.

Anggota rap kumpulan K-Clique, Noki dan MK antara pelakon yang kini sedang meningkat naik disamping pelakon-pelakon lain seperti Elisya Sandha, Anna Jobling, Alif Hadi, Syazlin Zainal, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi.

Oh My Hantaran juga menampilkan lagu Payung Pelangi sebagai OST drama nyanyian oleh kedua anggota K-Clique tersebut iaitu Noki dan MK. Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh mereka berdua sendiri.

Drama Oh My Hantaran Di Slot Diandra TV9

Sinopsis Drama Oh My Hantaran

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (lakonan Elisya Sandha) yang merupakan gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique), seorang pemuda kampung yang rajin bekerja bersama Pak Hassan yang telah dianggap sebagai ayah.

Walaupun mereka saling menyayangi, namun hubungan mereka tidak direstui oleh Ayahnya iaitu Encik Sabri (Rosli Rahman Adam). Ini kerana, ayahnya berharap Mira akan berkahwin dengan anak ketua kampung iaitu Rizal (MK K-Clique).

Manakan tidak, Rizal seorang anak orang kaya yang bakal mewarisi tanah dan perniagaan bapanya malahan berkelulusan ijazah universiti lagi. Namun begitu, sebenarnya Rizal adalah seorang gangster kampung yang berlagak baik di depan orang tua.

Penceritaan bermula apabila Encik Sabri bersetuju menerima Mail sebagai menantu dan berkahwin dengan Mira tetapi Mail perlu menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dan masa sebulan. Oleh itu, Mail terus berusaha untuk mengumpul jumlah duit yang banyak itu dalam tempoh yang singkat demi memperisterikan Mira.

Mail sepertinya temui jalan buntu untuk mengumpul wang sebegitu banyak dalam tempoh yang singkat. Disebabkan itu, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur.

Ayahnya berjanji akan menolongnya, tetapi Mail perlu mendapatkan kembali wang ayahnya dari para penghutang. Dengan itu, ayahnya akan memberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan yang berjaya di kumpulkan.

Disinilah bermula cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam tempoh yang segera. Kerja yang dibuat ini, tidak dimaklumkan oleh Mira dan dilakukan tanpa pengetahuan bakal isterinya tersebut.

Jadi adakah akhirnya Mail akan berjaya mengumpul wang hantaran tersebut dan kecapi kebahagian bersama Mira? Atau adakah ianya akan jatuh ke tangan Rizal?

Drama Oh My Hantaran Di Slot Diandra TV9

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Oh My Hantaran bermula 29 Disember ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, 8.30 malam menerusi slot Diandra di TV9. Drama bersiri ini juga anda boleh saksikan secara online di Tonton.

Selain itu dengan langganan RM54.90 untuk 3 bulan, anda boleh saksikannya di platform penstriman Disney+ Hotstar dengan waktu yang lebih awal untuk hari yang sama.

Post a Comment

Previous Post Next Post