Drama Sepi Itu Pasti (Slot Qalbu TV Alhijrah)

Drama Sepi Itu Pasti (Slot Qalbu TV Alhijrah)

Selepas Ustazah Robotik, sebuah lagi drama islamic iaitu Sepi Itu Pasti telah mengisi slot Qalbu bermula 21 Disember 2021, di siaran TV Alhijrah.

Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan Dzar Global Holding Sdn. Bhd., dari penerbit Dato' Zawati Abd Rahman dan Dato' Suhaimi Sulaiman, diarahkan oleh MP Roslin MD Sharif dan nukilan skrip oleh Sharifah Faniza Said Yeop

Sepi Itu Pasti menampilkan barisan pelakon utama seperti Dini Shaztman, Husna Mustaffa, Syafiq Sahli. Mereka dibantu oleh Mardiana Alwi, Rosnah Johari, Qistina Khaled, Qazeem Nor, Adam Malek dan ramai lagi

Sinopsis Drama Sepi Itu Pasti

Drama bersiri Sepi Itu Pasti mengisahkan Zack (lakonan Dini Shaztman) yang mahu keluar dari zaman gelapnya namun dia menghadapi kesukaran dan berperang dengan emosinya sendiri apabila dia menyangka semua manusia membencinya.

Zack berazam untuk keluar berbakti dan membantu masyarakat dengan menyertai Dapur Kita. Dia mahu membersihkan tanggapan negatif masyarakat terhadapnya namun dia masih perlu berhadapan dengan orang- orang yang memandang hina terhadapnya selama ini.

Drama Sepi Itu Pasti (Slot Qalbu TV Alhijrah)

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Sepi Itu Pasti bermula 21 Disember 2021, setiap hari Isnin dan Selasa, 6.00 petang slot Qalbu di TV Alhijrah.

Info lanjut, boleh layari laman web TV Alhijrah di www.tvalhijrah.com

Post a Comment

Previous Post Next Post