Cara Daftar Bank Islam Online (www.bankislam.biz)

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Jika anda sudah ada akaun Bank Islam, anda boleh mula daftar internet banking bankislam.biz bagi memudahkan urusan berkaitan yang boleh dilakukan secara online sahaja.

Zaman teknologi kini, segala urusan boleh dilakukan secara online tanpa perlu datang ke kaunter bank. Sebagai contoh, jika anda ingin semak baki akaun bank, kini tak perlu lagi pergi ke mesin ATM bila adanya perbankan internet. Anda boleh semak baki akaun terus daripada telefon pintar anda sahaja.

Bukan itu sahaja, anda boleh pindah wang kepada akaun bank lain juga menggunakan internet banking Bank Islam. Mudah kan! Tak perlu bersusah-susah pergi ke kaunter bank atau mesin ATM untuk urusan tersebut.

Jadi jika anda sudah mempunyai akaun Bank Islam, anda boleh ikuti langkah dibawah cara daftar internet banking bankislam.biz yang boleh dibuat secara online dan secara percuma sahaja.

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam

Untuk meneruskan proses pendaftaran, anda perlu dapatkan nombor kad debit Bank Islam (kad ATM) anda beserta nombor PIN yang telah anda tetapkan.

Pergi ke laman web Bank Islam di www.bankislam.biz dan klik pada "First Time User"

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Kemudian tick pada "I have read anda understood.." dan klik "Continue"

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Tick pada Bank Islam ATM Card/Debit Card dan klik "Continue"

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Masukkan nombor debit kad anda (16 digit) beserta nombor pin ATM. Jika sudah, klik "Continue"

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Pada ruangan ini, anda perlu masukkan butiran anda dengan lengkap seperti User ID, password, nombor telefon, emel, private word dan image beserta juga soalan beserta jawapan bagi tujuan security.

Jika sudah lengkap semua, klik "Submit"

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Sebelum selesai, anda perlu semak 2 kali segala butiran yang telah diisi. Jika sudah betul, anda klik Log In pada halaman terakhir. Selesai.

Anda akan dibawa ke halaman Log In untuk masuk ke akaun perbankan internet Bank Islam anda. Anda masukkan User ID dan password yang telah ditetapkan sebelum ini. Selesai!

Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Semoga bermanfaat...

Post a Comment

Previous Post Next Post