Senarai Penuh 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2021

Senarai Penuh 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2021

Senarai penuh 30 buah lagu yang berjaya ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) telah terjawab selepas diumumkan senarai terakhir pada minggu ketiga.

Setiap minggu diumumkan 10 buah lagu yang layak ke SFMM36 untuk 3 minggu menerusi rancangan Muzik Muzik yang bersiaran setiap hari Ahad jam 11.30 pagi di tv3.

Muzik Muzik ialah sebuah rancangan carta muzik mingguan terbitan TV3 dimana lagu-lagu bahasa Malaysia, gubahan komposer dan penulis lirik Malaysia dipertandingkan untuk dinilai dan diundi para penonton.

Senarai 30 Lagu Yang Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2021

Kesemua lagu yang berjaya ke peringkat semi final ini akan bertanding bagi merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) yang bakal berlangsung pada 31 Disember dan 1 Januari 2022 kelak.

  1. Adlina Marie - Haqiem Rusli
  2. Nafas Cinta - Khai Bahar & Ainal Abdul
  3. Teman - Iman Troye
  4. Neraca - Kmy Kmo, Luca Sickta & Datuk Jamal Abdillah
  5. Intan Payung - Noraniza Idris & Bunga
  6. Boneka - Ernie Zakri
  7. Angkasa - Siti Nordiana
  8. Bagaimana - Muna Shahirah & Zack Zakwan
  9. Lara - Hael Husaini, Haqiem Rusli & Naim Daniel
  10. Lautan Asmara - Masdo
  11. Tanpa Rela - Misha
  12. Cinta Khayalan - Wany Hasrita
  13. Tetap Aku Cinta - Ara Johari
  14. AEWO - Shiha Zikir & Noki
  15. Pelukan Angkasa - Sekumpulan Orang Gila
  16. Goodbye Hello - Syamel & Ernie Zakri
  17. Durja - Khai Bahar
  18. Sepi - Aina Abdul
  19. Cinta - Marsha Londoh
  20. Karma - Kaka Azraff & Jaz Hayat
  21. Coretan Pilu - Datuk Awie
  22. Bujang - Hael Husaini
  23. Mimpi - Haqiem Rusli
  24. Purnama - Naim Daniel
  25. Cinta Jangan Pergi - Azzam Sham
  26. Chikadun - Floor 88
  27. Lenyap - Usop
  28. Penat - Andi Bernadae
  29. Rindu Separuh Nyawa - Naqiu & Vanessa
  30. Salahku - Yonnyboii

Agakanya lagu mana yang berjaya dan layak ke Anugerah Juara Lagi 36 (AJL36) kelak? Kongsikan dengan kami.

Post a Comment

Previous Post Next Post