Diskaun 80% Bagi Pembayaran Saman JPJ Dan Polis Selama 4 Hari Bermula 9 Disember Ini

Diskaun 80% Bagi Pembayaran Saman JPJ Dan Polis Selama 4 Hari Bermula 9 Disember Ini

Seperti yang diumumkan sebelum ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun 80% bagi pembayaran saman bermula 9 Disember hingga 12 Disember 2021.

Tawaran ini diberikan sempena dengan Program Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang juga diadakan dalam tempoh tersebut bagi meraikan genapnya 100 hari pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia dibawah kepimpinanan negara YAB Perdana Menteri.

Sempena program tersebut, JPJ akan memberikan tawaran pengurangan bayaran saman kompaun sebanyak 80% kepada semua notis saman JPJ (yang boleh dikompaun), kecuali kes-kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

Pengurangan pembayaran saman ini boleh dibuat di lokasi program AKM berlangsung menerusi kemudahan Mobile Unit JPJ dan Kiosk JPJ.

Selain itu, boleh juga dibuat di semua Pejabat Negeri, Cawangan JPJ dan UTC JPJ di seluruh negara, kiosk JPJ serta boleh dibuat secara online melalui portal mySIKAP JPJ (https://public.jpj.gov.my).

Walaubagaimanapun bagi pesalah-pesalah lalu lintar yang telah disenarai hitam, pesalah dikehendaki untuk hadir sendiri di kaunter JPJ bagi tujuan proses dokumentasi semula.

Manakala PDRM juga menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80% dengan had minima sebanyak RM30 sempena program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di KLCC.

Semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM KLCC, kaunter bayaran saman trafik ibu pejabat polis daerah dan kontinjen serta portal dan aplikasi MyBayar Saman (https://mybayar.rmp.gov.my) sepanjang tempoh 4 hari tersebut.

Pengurangan kompaun diberikan kepada semua kesalahan kecuali bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan yang dikategorikan tidak boleh kompaun (NC).

Selain itu, kesalahan yang berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan kesalahan pengubahsuaian ekzos kenderaan juga tiada tawaran pengurangan diskaun.

Post a Comment

Previous Post Next Post