Senarai Harga Terkini Roti Gardenia (Berkuatkuasa 1 Disember 2021)

Senarai Harga Terkini Roti Gardenia (Bermula 1 Disember 2021)

Pasti ramai yang terkejut apabila baru-baru pihak Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. yang sebuah syarikat roti tempatan terkenal mengumumkan perubahan iaitu kenaikan harga bagi beberapa produk roti mereka berkuatkuasa pada 1 Disember 2021.

Kita boleh cakap apabila pergi sahaja dimana-mana kedai runcit, supermarket atau mana-mana kedai pasti ada sahaja produk gardenia ini. Tidak boleh tidak, kita akan beli produk-produk roti daripada jenama ini.

Dengan pengumuman kenaikkan harga ini pastinya akan memberi kesan kepada pelanggan setia yang kerap membeli dan nikmati keenakan roti tersebut.

Dalam satu kenyataan yang tular di media sosial, Gardenia memberitahu mereka terpaksa menyemak semula harga sedia ada berikutan peningkatan kos pengeluaran dan bahan mentah yang berada di luar kawalan mereka. Jadi perubahan harga pasti berlaku

Harga Baru Roti Gardenia

Berikut merupakan harga baru bagi produk Gardenia bermula 1 Disember ini

  • Gardenia Original Classing - RM2.80
  • Gardenia Wholemeal - RM3.60
  • Gardenia Delicia (semua perisa) - RM5.00
  • Gardenia Toast'em (semua perisa) - RM5.00
  • Gardenia Sandwich Bread Rolls - RM2.60
  • Gardenia Squiggles (strawberry, choco malto) - RM1.30
  • Gardenia Fluffy Buns (semua perisa) - RM3.70
  • Gardenia Puazz! (Sambal bilis) - RM1.30
  • Gardenia Puazz! (Mackerel, kari ayam) - RM2.20
  • Gardenia QuickBites Cream Roll (Semua perisa) - RM1.00
  • Gardenia Twiggies (semua perisa) - RM1.80
  • Gardenia Waffles (semua perisa) - RM1.40
  • Gardenia Numee - RM1.70

Ini adalah antara harga baru yang dipaparkan menerusi perkongsian orang ramai. Untuk lihat senarai penuh, boleh lihat menerusi gambar dibawah


Post a Comment

Previous Post Next Post