KL City Juara Piala Malaysia, Wilayah Cuti Jumaat Ini

KL City Juara Piala Malaysia, Wilayah Cuti Jumaat Ini

Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan; Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.

Pengumuman ini adalah susulan daripada kemenangan bagi pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang telah menjuarai TM Piala Malaysia 2021 pada peringkat final mengalahkan pasukan lawan, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 2-0.


Tambahan lagi, kemenangan itu juga merupakan pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir adalah pada tahun 1989.

Justeru itu, adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh Wilayah Persekutuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC ini.

Katanya lagi, pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan.

Tahniah kepada pasukan KL City FC dan tahniah kepada semua peminat bola sepak atas kemenangan pada malam tersebut.


sumber gambar : MFL

Post a Comment

Previous Post Next Post