Kes pertama Varian Baharu Omicron dikesan di Malaysia - KKM

Kes pertama Varian Baharu Omicron dikesan di Malaysia - KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mengesahkan kes pertama variant of concern, VOC Omicron telah dikesan di Malaysia.

Pengesahan ini dibuat menerusi pengumuman oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam Sidang Media Menteri Kesihatan sebentar tadi.

Menurut beliau, kes pertama ini melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 yang lalu dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di PMA KLIA.

Beliau juga merupakn seorang pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak.

Kes telah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan juga telah menerima vaksinasi lengkap jenis Pfizer dan tidak bergejala.

Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai 5 orang. Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif

Pihak KKM juga sudah melaksanakan pengesanan semua kontak rapat termasuk ketika di dalam pesawat, airport dan di kawasan kes pelajar itu berada.

Pelajar berkenaan sudah tamat kuarantin pada 29 November 2021 tetapi akan dipanggil semula untuk buat ujian swab PCR.

8 kontak rapat baharu kes itu juga akan menjalani ujian swab PCR hari ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post