PNB Mengumumkan Pengagihan Pendapatan (Dividen) ASB, 5.00 Sen Untuk Tahun 2021

pnb umum dividen asb 5 sen seunit tahun 2021

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan (dividen) 5.00 sen seuniti atau 5% untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun 2021.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Pengerusi Kumpulan Permodelan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria menerusi live facebook yang dibuat menerusi laman rasmi mereka.

Agihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhit 31 Disember 2021 ini merangkumi 4.25 sen dan bonus 0.75 sen seunit.

Keseluruhan pengagihan ini membabitkan RM8.9 bilion yang melibatkan 10.4 juta pemegang saham ASB bagi tahun ini.

ANSB juga memberitahu urus niaga bagi unit ASB ditangguhkan bermula 23 Disember sehingga 2 Januari 2022.

Oleh itu, pemegang unit ASB boleh mula melakukan urus niaga bermula 3 Januari 2022.

Anda juga boleh membuat urusniaga secara online serta menerima penyata secara elektronik menerusi laman web MYASNB (www.myasnb.com.my).

Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi myASNB yang boleh dimuat-turun daripada PlayStore, AppStore dan AppGallery.

BACA : Cara Buka Dan Daftar myASNB Secara Online

Sebagai perbandingan, tahun 2019, ASNB mengumumkan dividen 5.00 sen dan bonus 0.50 sen seunit. Tahun 2020, 3.50 sen dan bonus 0.75 sen seunit beserta 0.75 sen seunit untuk 30,000 unit pertama sahaja.

Untuk kaedah atau cara kira divide ASB, anda boleh rujuk DISINI


Post a Comment

Previous Post Next Post