Cara Semak Paras Air Sungai Di Kawasan Anda Secara Online

Cara Semak Paras Air Sungai Semasa Di Kawasan Anda Secara Online

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh semak paras air sungai dikawasan anda secara online sahaja. Adakah ianya pada tahap normal, berjaga-jaga atau bahaya.

Biasanya di Malaysia hujung tahun adalah musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir dikawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.

Pastinya tempat yang berdekatan dengan sungai akan dinaiki air jika hujan berterusan berhari-hari. Jadi terpaksa mereka yang berada di kawasan tersebut berpindah kerana kawasan dah banjir. Mungkin ada yang tidak perasan pun air sungai dah naik paras bahaya dan air masuk rumah dan tak berjaya nak selamatkan barang-barang.

Tapi sebenarnya, anda sebenarnya boleh sahaja semak dari semasa ke semasa paras air sungai dikawasan anda secara online sahaja. Boleh tahu paras air tanpa pergi ke sungai.

Cara Semak Paras Air Sungai Secara Online

Ciri ini telah disediakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Anda boleh semak paras air sungai melalui infobanjir yang dikongsikan kepada umum dari semasa ke semasa untuk sungai di seluruh Malaysia.

Untuk semakan, anda boleh pergi ke pautan infohttps://publicinfobanjir.water.gov.my/ kemudian anda boleh pilih negeri tempat anda tinggal. Sebagai contoh di negeri Terengganu dan klik "River Level"

Cara Semak Paras Air Sungai Semasa Di Kawasan Anda Secara Online

Cara Semak Paras Air Sungai Semasa Di Kawasan Anda Secara Online

Kemudian akan dipaparkan Nama Stesyen disetiap daerah beserta nama sungai. Anda hanya perlu tumpukan kepada nilai dan warna pada kolum River Level sahaja iaitu bermaksud paras air. Petunjuk warna adalah seperti berikut:

  • Warna Hijau - Paras air normal
  • Warna Jingga - Paras air berjaga-jaga
  • Warna Merah - Paras air bahaya

Jika ianya menunjukkan paras air berjaga-jaga (warna jingga), anda boleh bersiap-siap sebelum apa-apa berlaku seperti banjir, air naik dan sebagainya.

Sekiranya kawasan anda mengalami hujan berterusan sepanjang hari, sila semak paras air sungai dengan menggunakan kaedah ini bagi membuat persediaan yang sepatutnya 

Post a Comment

Previous Post Next Post