Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online Dan SMS Untuk Tahun 2021

Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online Dan SMS Untuk Tahun 2021

Jika anda mempunyai akaun BSN, jadi anda boleh lihat sini cara semak baki akaun BSN sama ada secara online atau melalui SMS untuk tahun 2021.

Antara  perbankan yang diguna rakyat Malaysia ketika ini ada banyak dan antaranya adalah Bank Simpan Nasional (BSN). Bank yang sudah lama berada di Malaysia ini juga menawarkan khidmat simpanan kepada pengguna.

Jika anda menyimpan di BSN, pasti kadang kala anda ingin semak baki akaun BSN anda bukan? Jadi secara kebiasaannya, untuk semak baki akaun, kita perlu pergi ke kaunter BSN sendiri atau boleh semak melalui mesin-mesin ATM yang disediakan.

Tapi takkan setiap kali ingin semak baki akaun, kita perlu keluar rumah, memandu ke bank dan cari mesin ATM dan baru boleh semak baki akaun. Pasti banyak masa yang dibazirkan bagi hanya mengetahui baki akaun sahaja. Kos memandu kenderaan juga terlibat disitu.

Lagi pula ketika bantuan kerajaan yang disalurkan pada satu-satu waktu. Pastinya kita ingin tahu bila bila agaknya bantuan tersebut akan dimasukkan ke akaun bank kan terutamanya ketika wabak pandemik ini

Tapi sebenarnya anda tidak perlu bersusah payah pergi ke mesin ATM, kerana sebenarnya anda boleh semak akaun BSN secara online dan juga secara SMS sahaja. Anda boleh jimat masa dan boleh jimat kos pengangkutan.

Cara Semak Baki Akaun BSN

Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online Dan SMS

Semak Baki BSN Melalui SMS

Cara pertama adalah melalui Khidmat Pesanan Ringkash, SMS. Tetapi sebelum anda menggunakan SMS ini, terlebih dahulu anda perlu mendaftar nombor telefon anda dalam perkhidmatan perbankan SMS BSN seperti langkah dibawah.

Cara Daftar Perkhidmatan SMS BSN

Anda mempunyai 2 pilihan untuk mendaftar sama ada :

  1. Kunjungi kaunter BSN dan daftar disana ATAU
  2. Daftar melalui mesin ATM BSN

1.  Cara Daftar Melalui Mesin ATM BSN

  1. Masukkan kad ATM anda beserta pin no di mesin ATM
  2. Pilih menu Urusan Lain
  3. Cari dan tekan Perbankan SMS dan Pendaftaran

Selepas pendaftaran - 4 digit no UAC akan diterima
SMS pertama - 6 digit M-Pin + 2 digit UAC

2.  Pengaktifan Perbankan SMS

Taip ACT<jarak>M-PIN<jarak>4 digit UAC XX dan hantar ke 36898.

Contoh : Contoh seperti ini: ACT 222333 123456 hantar ke 36898

3.  Semak Baki Akaun Melalui SMS

Taip BAL<jarak>M-PIN hantar ke 36898

Selepas itu, baki akaun BSN akan dipaparkan dalam paparan SMS yang seterusnya. Anda boleh terus semak guna telefon sahaja.

Senarai kod transaksi yang lain yang anda boleh gunakan melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

Transaksi Kod Transaksi
Pembelian Top-Up TOPUP <jarak> M-PIN <jarak> kod.topup <jarak> (no. penerima)
Senarai Kod Top-Up LIST<jarak>TOPUP<NILAI>
Pertanyaan Baki BAL <jarak> M-PIN
Pembayaran Bil BILL <jarak> M-PIN<jarak> kod.bil <jarak> no.akaun.bil <jarak> amaun
Bayaran Kad Kredit BSN CARD <jarak>M-PIN<jarak> no.kad kredit <> amaun
Kod Top-Up Bil LIST <jarak> BIL
Pemindahan Dana TRF <jarak> M-PIN<jarak> akaun penerima <jarak> amaun
Pembelian Pin PIN <jarak> M-PIN<jarak> kod.kursus <jarak> no.KP calon
Kod Senarai Kursus LIST <jarak> PIN
Pembelian SSP SSP <jarak> M-PIN<jarak> amaun
Tukar Bahasa CHG <jarak> LANG <jarak> M-PIN<jarak> bahasa.pilihan

Semak Baki BSN Melalui Perbankan Online

Cara Semak Baki Akaun BSN Secara Online Dan SMS

Cara Daftar Perbankan Online Melalui myBSN

  1. Anda perlu daftar dengan layari www.mybsn.com.my
  2. Klik pada Daftar/Demo untuk pendaftaran
  3. Baca dan Accept Terma dan Syarat
  4. Masukkan Nombor Kad Debit / Kredit, PIN (Kad Debit Sahaja), Bulan Tamat dan CVV2
  5. Kemudian, masukkan maklumat no kad pengenalan
  6. Input ID Pengguna Pengguna dan Kata Laluan dan Meminta OTP
  7. Kunci OTP yang diterima dan pilih imej keselamatan
  8. Klik Log masuk Pertama untuk memasukkan butiran kemas kini peribadi

Semak Baki Akaun Melalui Perbankan myBSN

  1. Anda boleh guna smartphone atau laptop
  2. Masukkan laman web myBSN www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  3. Kemudian Log In akaun BSN anda menggunakan username dan password yang telah didaftarkan
  4. Pilih menu maklumat akaun, kemudian pilih menu maklumat baki
  5. Akhirnya, baki akaun BSN anda akan muncul di skrin 


Post a Comment

Previous Post Next Post