Telefilem Cinta Round 1 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Telefilem Cinta Round 1 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Minggu ini, Astro bawakan pula sebuah telefilem aksi terbaru untuk tahun 2021 bertajuk Cinta Round 1 untuk slot Citra Exclusive yang akan disiarkan di Astro Citra pada 13 November 2021.

Sebuah telefilem yang mengetengahkan isu buli arahan Feroz Kader dengan skrip yang ditulis oleh Syaza Talib dan diterbitkan oleh Dream At Work Sdn. Bhd.

Cinta Round 1 mengisahkan watak Farid (lakonan Izzue Islam) iaitu seorang pelajar kolej kutu buku yang sering dibuli oleh Syakirin iaitu rakan kolejnya sendiri.

Tetapi dengan bantuan Qiela (lakonan Azar Azmi), Farid bangkit dan mula belajar seni mempertahankan diri dan mencabar Syakirin (lakonan Azizul Ammar) bertanding dalam perlawanan 'underground' untuk menebus maruahnya.

Namun kehadiran Faridah (Elisya Sandha) mula merosakkan rancangan mereka. Apakah kesudahannya?

Menampilkan barisan pelakon hebat dalam telefilem ini seperti Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi, Elisya Sandha, Kazar Saisi, Zalif Sidek, Farez Ridwan dan ramai lagi.

Telefilem Cinta Round 1 Di Astro Citra (Citra Exclusive)

Jadi jangan terlepas untuk saksikan telefilem Cinta Round 1 yang akan bersiaran pada 13 November ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksible, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Post a Comment

Previous Post Next Post