Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) Tahun 2021

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) Tahun 2021

Tahniah Janna Nick dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34) telah diadakan secara langsung sekali gus mengumumkan senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Malam kemuncak ABPBH telah mengangkat tema #KITABERSAMA bagi memberi kesedaran kepada orang ramai untuk terus melawan Covid-19. Dengan itu, anugerah tersebut juga diadakan secara virtual sahaja tanpa kehadiran penonton.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian boleh ditonton secara langsung menerusi TV3, laman Tonton, Youtube TV3 dan BH, TikTok dan juga laman web ABPBH di www.abpbh.com.my.

ABPBH 34 kali ini sedikit berlainan apabila penyampai bagi setiap kategori bukan sahaja terdiri daripada selebriti tetapi ada juga petugas barisan hadapan dan atlet sukan.

Ianya juga turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan daripada Kaka, Ella, Zizi Kirana, Fauziah Latiff, Aina Abdul, Man Kidal, Datuk Zainal Abidin, Ramlah Ram dan ramai lagi. Manakala Sherry Alhadad ditugaskan sebagai hos utama.

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 34)

Terdapat 14 kategori utama dan 6 kategori online yang dipertandingkan sepanjang undian yang telah dibuka bermula 10 hingga 31 Oktober 2021 yang lalu.

Bintang Paling Popular
Janna Nick (86 juta undian)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Hajah Habsah Hassan

Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular
Dinie Rashid

Artis Baharu Wanita Popular
Dolla

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi
Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi
Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular
Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular
Janna Nick

Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi
Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular
Siti Saleha

Artis Versatil Popular
Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular
Aina Abdul & Khai Bahar - Nafas Cinta

Artis Komedi Popular
Asif Suhaimi

Penyampai Radio Popular
DJ Lin

Pengacara TV Popular
Janna Nick

Watak Animasi Popular
Ejen Ali

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular
Kamal Adli & Uqasha Senrose - Perempuan Tanpa Dosa

Gandingan Serasi Filem Popular
Wanna Ali & PU Ariz - Ada Apa Dengan Dosa

Watak Antagonis Popular
Liza Abdullah - 7 Hari Mencintaiku 2

YouTuber Popular
Aqil Zulkifliee

Kategori Istimewa (TikTok)

Artis TikTok Popular ABPBH 34
Khai Bahar

Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34
Siti Nordiana FC


Tahniah kepada semua pemenang!

Post a Comment

Previous Post Next Post