Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan BWF DAIHATSU Indonesia Masters 2021

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan BWF DAIHATSU Indonesia Masters 2021

Pemain badminton Malaysia meneruskan lagi cabaran dalam siri BWF World Tour dengan sertai kejohanan DAIHATSU Indonesia Masters 2021 yang bakal berlangsung di Bali, Indonesia.

Indonesia Masters merupakan antara 3 kejohanan dalam Festival Badminton Indonesia disamping Indonesia Open dan World Tour Finals yang berlangsung secara berturut-turut di negara tersebut.

Kejohanan ini merupakan BWF World Tour Super 750 dimana menawarkan ganjaran berupa wang tunai sehingga $600,000 (~RM2.5 juta) bagi pemenang yang melepasi setiap cabaran.

Seramai 256 atlet badminton dari 22 buah negara yang akan bertanding bagi kejohanan kali ini, yang bakal bermula 16 November hingga 21 November 2021 di Bali International Convention Centre.

Malaysia juga menghantar beberapa pemain yang layak bagi sertai kejohanan disamping bertanding bersama pemain hebat dengan ranking yang lebih tinggi.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan BWF Indonesia Masters 2021

Antara barisan pemain badminton negara yang disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain profesional negara yang layak adalah:

Perseorangan Lelaki

  • LEE Zii Jia [7] - Seeded Player
  • LIEW Daren*

Beregu Lelaki

  • Aaron CHIA [5]/SOH Wooi Yik
  • GOH V Shem/LOW Juan Shen*
  • GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN
  • ONG Yew Sin/TEO Ee Yi*
  • TAN Kian Meng/TAN Wee Kiong*

Beregu Wanita

  • TAN Pearly [8]/THINAAH Muralitharan
  • LEE Meng Yean/YAP Cheng Wen
  • Vivian HOO/LIM Chiew Sien*

Beregu Campuran

  • CHAN Peng Soon [5]/GOH Liu Ying*
  • CHEN Tan Jie/PECK Yen Wei
  • HOO Pang Ron/CHEAH Yee See
  • TAN Kian Meng/LAI Pei Jing*
  • GOH Soon Huat/LAI Shevon Jemie*

*Pemain bebas 

Untuk ketahui lebih lanjut senarai penuh pemain dalam kejohanan Indonesia Masters 2021 ini, anda layari laman web BWF di www.bwfworldtour.bwfbadminton.com

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments