Senarai Pemenang Hero Remaja 2021 (Juara Mierul Aiman)

mierul aiman pemenang hero remaja 2021

Pentas Hero Remaja 2021 sudah sampai ke penghujung apabila Mierul Aiman telah dinobatkan sebagai Juara program tersebut untuk edisi ke-11 bagi tahun ini.

4 peserta yang berjaya melangkah ke pusingan akhir selepas melepasi pelbagai cabaran selama 7 minggu berentap bersama 6 peserta lain. Selain Mierul, yang berjaya ke final ialah Aqil Taqee, Fazziq Muqris dan Afiq Hamidon.

BACA : 12 Peserta Hero Remaja 2021

Menerusi kemenangan ini, Mierul Aiman telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta selempang juara dan trofi pertandingan.

Senarai Pemenang Program Hero Remaja 2021

Malam kemuncak Hero Remaja 2021 telah disiarkan pada Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Ria. Pada episod ke-8 atau episod akhir tersebut, barisan peserta ditugaskan untuk berlangsung secara live selain tugasa pengacaraan dan soal jawab bersama juri.

Berikut merupakan senarai pemenang Hero Remaja 2021


Hero Favourite - Syazani

Tempat Ketiga - Fazziq Muqris

Naib Juara - Aqil Taqee

Juara - Mierul Aiman

Tahniah kepada semua pemenang!

Post a Comment

Previous Post Next Post