Senarai Masjid Dan Surau Dibenarkan Untuk Majlis Akad Nikah Di Johor Bermula 7 November 2021

Senarai Masjid Dan Surau Dibenarkan Untuk Majlis Akad Nikah Di Johor Bermula 7 November 2021

Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengeluarkan pekeliling terbaru berkenaan pengurusan nikah, cerai dan ruju' di negeri Johor berkuat kuasa bermula 7 November 2021.

Antara perkara yang di umumkan adalah kebenaran untuk adakan majlis akad nikah di masji dan surau terpilih sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 4 ini.

Sebelum ini, mengambil kira SOP yang ditetapkan, Majlis Akad Nikah hanya dijalankan di Jabatan Agama Islam Johor atau Pejabat-Pejabat Kadi Daerah atau di Dewan dan Balai Raya.

Kini pihak JAINJ telah membenarkan untuk diadakan di Masjid atau Surau yang mempunyai dewan terpilih. Sebanyak 91 Dewan Masjid dan 14 Dewan Surau yang dibenarkan.

SOP Bagi Majlis Akad Nikah Di Dewan Masjid Dan Surau

Selain daripada SOP yang ditetapkan oleh MKN bagi PPN PKP Fasa 4, pihak JAINJ juga telah tetapkan SOP yang perlu dipatuhi sekiranya ingin adakan majlis akad nikah di dewan masjid atau surau. 

Kehadiran yang dibenarkan tidak melebih 10 orang iaitu termasuk jurunikah, 2 orang saksi, wali, 3 orang dari keluarga pengantin perempuan dan 4 orang dari keluarga pengantin lelaki.

Sebelum itu, diingatkan pengantin hendaklah memperolehi kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Karian Masjid atau Surau terlebih dahulu berhubung penggunaan dewan tersebut.

Senarai Dewan Masjid Dan Surau Yang Dibenarkan

Berikut merupakan senarai masjid dan surau yang dibenarkan untuk diadakan masjlis akad nikah bagi setiap daerah di negeri Johor

⏵Johor Bahru (18 Dewan Masjid)

  1. Masjid Al-Falah Felda Ulu Tebrau
  2. Masjid Al-Istiqamah Taman Johor Jaya
  3. Masjid Al-Jawaher Taman Mutiara Rini
  4. Masjid Al-Mahabbah Bukit Mewah
  5. Masjid Al-Mizan Kempas
  6. Masjid Al-Munawwarah Jalan Ciku Tmn Kota Masai
  7. Masjid An-Najah Taman Daya
  8. Masjid An-Nur Taman Cendana
  9. Masjid Bandar Baru Uda
  10. Masjid Bukit Indah
  11. Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti
  12. Masjid Kampung Melayu
  13. Masjid Nurul Ta'zim KSDM
  14. Masjid Sultan Iskandar Bandar Dato Onn
  15. Masjid Taman Pelangi
  16. Masjid Taman Pulai Indah
  17. Masjid Taman Rinting
  18. Masjid Kampung Maju Jaya

⏵Muar (13 Dewan Masjid, 1 Dewan Surau)

  1. Masjid Sultan Ibrahim
  2. Surau Ubudiah Parit Sakai Jalan Abd. Rahman
  3. Masjid Al-Hikmah Parit Kadhi
  4. Masjid Al-Munir Bt.3
  5. Masjid Kg. Kenangan Tun Dr. Ismail
  6. Masjid Sungai Abong
  7. Masjid Asy-Syakirin Bt. 5
  8. Masjid Wawasan
  9. Masjid Pekan Pagoh
  10. Masjid Kg. Baru Batu 28
  11. Masjid Al-Ihsan Batu 18
  12. Masjid Al-Ehsan Parit Jawa
  13. Masjid Al-Halim Seri Menanti
  14. Masjid Saidina Omar

⏵Batu Pahat (9 Dewan Masjid)

  1. Masjid Nurulhuda, Bagan
  2. Masjid Sultan Ismail Batu Pahat
  3. Masjid Sri Beroleh, Batu Pahat
  4. Masjid Sultan Ibrahim Ayer Hitam
  5. Masjid Al-Ghafur Pt Haji Ghaffar
  6. Masjid Abdullah Al-Faqeh, Parit Raja
  7. Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Yong Peng
  8. Masjid Sri Dayung, Sri Medan, Batu Pahat
  9. Masjid Sungai Tongkang Rengit

⏵Segamat (8 Dewan Masjid)

  1. Masjid Bandar IOI
  2. Masjid Bandar Segamat
  3. Masjid Jannah Firdaus Kg. Jawa
  4. Masjid Taman Yayasan
  5. Masjid Bandar Labis
  6. Masjid Syed Alwee Bt. 6
  7. Masjid Lubok Batu
  8. Masjid Al-Azim

⏵Kluang (17 Dewan Masjid)

  1. Masjid Kampung Melayu
  2. Masjid Parit Hashim
  3. Masjid Felda Air Hitam
  4. Masjid Dato Ahmad
  5. Masjid Sungai Linau
  6. Masjid Simpang Renggam
  7. Masjid Taman Kasih
  8. Masjid Kg. Shaari
  9. Masjid Kahang Timur
  10. Masjid Bandar Baru Ibrahim Majid
  11. Masjid Felda Ulu Belitong
  12. Masjid Kampung Tengah
  13. Masjid Paloh
  14. Masjid Taman Delima
  15. Masjid Al-Yahya Taman Sri Kluang
  16. Masjid Layang-Layang
  17. Masjid Taman Seri Lambak

⏵Pontian (3 Dewan Masjid, 1 Dewan Surau)

  1. Masjid Bandar Pontian
  2. Surau Al-Falah, Sg. Pinggan
  3. Masjid Pekan Nenas
  4. Masjid Teluk Kerang

⏵Kota Tinggi (7 Dewan Masjid)

  1. Masjid Bandar Kota Tinggi
  2. Masjid Sedili Besar
  3. Masjid Al-Faizin Air Tawar 2
  4. Masjid As Syifa
  5. Masjid Al Husna Bandar Tenggara
  6. Masjid An Nur (Gugusan Waha)
  7. Masjid Bayu Damai

⏵Mersing (1 Dewan Masjid)

  1. Masjid Air Puteri

⏵Kulai (5 Dewan Masjid, 1 Dewan Surau)

  1. Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  2. Masjid Jamek Bandar Kulai, Kg. Melayu Kulai
  3. Masjid Taman Sri Pulai
  4. Masjid Al-Mukminin Jalan Cengal Bandar Putra
  5. Masjid Ar-Rahman Taman Putri Kulai
  6. Surau Al-Muttaqin Bandar Indahpura, Kulai

⏵Tangkak (9 Dewan Masjid, 11 Dewan Surau)

  1. Masjid Bandar Tangkak
  2. Surau Taman Tiara
  3. Surau Al-Falah
  4. Surau Padang Lerek 2
  5. Masjid Bukit Gambir
  6. Masjid Sg. Bilah
  7. Surau NurulJamil, Kg Sri Cantik
  8. Surau Bandar Bukit Gambir
  9. Masjid Attaqwa Sengkang Bt20
  10. Surau Kg. Parit Tepi
  11. Masjid Istiqamah
  12. Masjid Bukit Kangkar
  13. Masjid Serom 3
  14. Surau Kg Parit Dahlan
  15. Masjid Parit Bunga
  16. Surau Radhatul Jannah Kesang Laut
  17. Surau Taman Sri Saujana Tg Gading Barat
  18. Surau Kenangan Tanjung Agas
  19. Masjid Felda Sri Jaya
  20. Surau Parit Sawah Baru


sumber : Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Post a Comment

Previous Post Next Post