Senarai 20 Pemain Pasukan Malaysia Ke Kejohanan Hoki Piala Remaja Dunia 2021

Senarai 20 Pemain Pasukan Malaysia Ke Kejohanan Hoki Piala Remaja Dunia 2021

Konfederasi Hoki Malaysia (HKM) telah mengumumkan dan menyenaraikan 20 pemain Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan (Pasukan Hoki Malaysia) bagi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021.

Kejohanan kali ini akan diadakan di Bhubaneswar, India yang akan membuka tirai pada 24 November hingga 5 Disember 2021 yang mana Malaysia menghuni Kumpulan A bersama-sama Belgium, Chile dan Afrika Selatan.

Malaysia kali ini meletakkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan untuk edisi kali ini dan secara realistiknya perlu menewaskan Chile dan Afrika Selatan untuk ke pusingan suku akhir.

Hoki Piala Dunia Remaja merupakan kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa untuk pemain yang berusia di bawah 21 tahun dan sebanyak 16 pasukan terbaik yang layak untuk kejohanan kali ini termasuk Malaysia.

Senarai 20 Pemain Pasukan Hoki Malaysia Di Kejohanan Piala Dunia Remaja 2021

Berikut merupakan senarai 20 pemain Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan yang mewakili Malaysia di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja (Lelaki) di Bhubaneswar India 2021.

Jurulatih Pasukan : Wallace Tan

Penjaga Gol

  • Che Shahrul Azmi She Saupi
  • Muhammad Hamiz Mohd Ahir

Pertahanan

  • Syarman Mat Tee
  • Muhammad Saifuddin Azli
  • Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
  • Muhammad Amirul Hamizan Azahar
  • Muhammad Arif Shafie Ishak
  • Muhammad Zulfitri Md Zin

Tengah

  • Muhammad Faris Harizan
  • Muhammad Hafizi Zainuddin
  • Alfarico Lance Liau Jr
  • Pavandip Singh Gurdip Singh
  • Muhammad Syawal Abd Razak

Penyerang

  • Muhajir Abdu Rauf
  • Muhammad Muhibuddin Moharam
  • Mohamad Akhimullah Anuar Esook (C)
  • Muhammad Amirul Haniff Mamat
  • Muhammad Noor Firdaus Rosdi
  • Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee
  • Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul

Semoga pasukan Malaysia membawa pulang dengan kemenangan kelak.


sumber : mhc

Post a Comment

Previous Post Next Post