Anda Kini Boleh Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Serendah RM6.50 Di Kedai Serbaneka

Anda Kini Boleh Dapatkan Kit Ujian Kendiri Covid-19 Serendah RM6.50 Di Kedai Serbaneka

Kit Ujian Kendiri Covid-19 (Self-test kit) kini sepertinya menjadi antara barang keperluan yang perlu ada dalam setiap keluarga terutamanya di Malaysia.

Wabak Covid-19 yang menghentam dunia termasuk Malaysia kini sepertinya masih belum reda dan kini sudah kita biasa dengar berada dalam komuniti. Mungkin juga kita akan terus hidup bersama virus ini dan akhirnya menjadi endamik sama seperti denggi.

Oleh itu, kit ujian kendiri Covid-19 inilah antara perkara pertama yang boleh digunakan ketika anda mungkin dijangkiti virus tersebut. Ianya sebelum anda jalankan ujian RTK atau swab test terus di klinik atau hospita.

Jadi kit ujian ini dapat ketahui adakah anda dijangkiti atau tidak. Jika ya, pastinya anda boleh amalkan langkah pencegahan daripada merebak kepada orang lain.

Kini untuk dapatkan kit ujian kendiri Covid-19 ini menjadi lebih mudah. Jika sebelum, hanya terdapat beberapa klinik berdaftar sahaja dibenarkan menjual, kini anda juga boleh beli di pasar raya atau kedai serbaneka.

Jika sebelum ini, Kerajaan tetapkan harga siling RM19.90 seunit dan RM16 untuk harga borong, tetapi pastinya bukan semua mampu untuk dapatkannya.

Kini Lebih Murah...

Berita baik untuk semua, baru-baru ini ada kedai serbaneka yang mengumumkan dimana kit ujian kendiri Covid-19 mereka menjual dengan harga jauh lebih murah daripada harga siling iaitu kurang daripada RM10.00 pun.

99 Speedmart menawarkan jenama ALLTEST Covid-19 Antigen Rapid Test dengan harga RM6.50 dan anda sudah boleh dapatkan dimana-mana rangkaian seluruh Malaysia.

Selain itu, jika anda ingin buat pembelian secara pukal iaitu lebih daripada 100 unit, anda boleh hubungi 012-247 9399. Jadi boleh dapatkan di cawangan berdekatan anda.

Selain itu, KK Mart juga mengumumkan mereka ada menjual self test kit dengan jenama yang sama iaitu dengan harga RM6.60 sahaja sahaja untuk seunit. Hubungi 018 7874463 jika anda ingin buat pembelian secara pukal

Kedua-dua kedai serbaneka ini pastinya mudah didapati di sekeliling taman perumahan kita. Jadi dengan itu, menjadi lebih mudah untuk kita dapatkan peranti perubatan tersebut.

Jangan risau jika anda tidak berkesempatan untuk keluar atau tiada rangakaian kedai serbaneka ini di kawasan kediaman anda. Anda juga boleh dapatkan secara online di Shopee melalui seller KL Pharmacy ini dengan harga RM6.58 seunit dengan jenama yang sama.

Jangan risau, jenama AllTEST ini mendapat kelulusan daripada pihak berkuatan Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (MDA).

Post a Comment

Previous Post Next Post