Eco Shop Umumkan Kenaikkan Harga 10 Sen Bermula Disember Ini

Eco Shop Umumkan Kenaikkan Harga 10 Sen Bermula Disember Ini

Jika berkata berkaitan shopping bajet, kita banyak pilihan yang kita dapat bagi barangan yang baik, berkualiti tetapi harga murah. Yang paling popular pastinya kedai serbaneka Eco Shop dimana kita tahu mereka menjual kesemua barangan dengan harga RM2.10.

Jika sebelum ini, ada yang menggelar kedai serbaneka tersebut sebagai kedai 'saka' apabila orang yang masuk dan membeli pastinya susah keluar atau erti kata lain rambang mata dengan barangan dan tawaran yang diberi. Murah dan banyak pilihan.

Anda juga boleh berbelanja di Shopee Eco Shop dengan tawaran harga yang sama RM2.10. alert-info

Tetapi baru-baru ini, Eco Shop telah memaklumkan yang mana mereka akan menaikkan harga sebanyak 10 sen bagi setiap barangan bermula 1 Disember 2021 dengan menjadikan tanda harga baru RM2.20 untuk semenanjung Malaysia dan RM2.40 untuk Sabah, Sarawak dan Langkawi.

Pengumuman ini dibuat melalui laman facebook rasmi Eco Shop sendiri dimana mereka memaklumkan kenaikkan harga ini adalah disebabkan kos barangan semakin meningkat.

Kepada para pelanggan yang dihargai,

Kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan kepada kami. Selama ini, kami sentiasa memegang prinsip di mana kami menawarkan barangan yang berkualiti dengan harga yang paling murah. Ini telah menjadikan eco-shop dikenali dalam kalangan anda semua.

Disebabkan kos barangan semakin meningkat dan pada masa yang sama, kami perlu memegang pada prinsip utama syarikat iaitu menawarkan barangan yang berkualiti, dengan berat hati, kami telah membuat keputusan agar harga jualan kami akan berubah dari RM2.10 kepada RM2.20 (Semenanjung Malaysia) / RM2.30 kepada RM2.40 (Langkawi, Sabah & Sarawak) mulai pada 1 Disember 2021.

Di sini, kami amat mengesali ke atas pengumuman ini dan kami berharap anda akan terus memberi sokongan kepada kami.

Jadi apakah pendapat anda dengan kenaikkan harga ini? Adakah ianya menjejaskan perbelanjaan anda selepas ini apabila berbelanjad di Eco Shop atau tiada perubahan yang ketara?

Post a Comment

Previous Post Next Post