Tiada lagi Nombor Telefon Disertakan Pada Bungkusan Shopee Untuk Menjaga Privasi Pelanggan

Tiada lagi Nombor Telefon Disertakan Pada Bungkusan Shopee Untuk Menjaga Privasi Pelanggan

Kita biasa dengar atau pernah mengalami apabila ada 'scammer' yang cuba menipu kita atau pengguna lain melalui talian telefon, menerusi whatsapp atau pesanan sms.

Mereka hanya perlu dapatkan nombor telefon seseorang dan seterusnya meneruskan modus operandi untuk menipu mangsa dalam apa jua keadaan.

Jadi mengelakkan perkara tersebut, tidak boleh tidak kita mesti merahsiakan sebaik mungkin nombor telefon bagi mengelakkan diketahui oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, antara platform e-dagang yang tampil bagi membantu menjaga privasi orang ramai terutamanya pengguna mereka adalah platform Shopee.

Biasanya apabila kita membuat pesanan di Shopee, pada bungkusan tersebut akan terpapar nombor telefon pengguna. Pastinya ianya akan terdedah kepada orang lain yang ada berniat jahat terutamanya scammer.

Oleh itu, bermula 21 Oktober 2021, Shopee telah membuat keputusan untuk membuang nombor telefon pengguna daripada air waybill (AWB) J&T Express dan Ninja Van bagi menjaga keselamatan dan privasi pelanggan mereka.

Seperti kemaskini yang dimaklumkan oleh Shopee berkaitan air waybill, nombor telefon penerima (recipient) telah pun dibuang sejak 12 September yang lalu.

Walaubagaimanapun, setakat ini nombor telefon penerima masih akan dicetak pada air waybill Poslaju dan City-Link Express. Mungkin akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kemaskini terbaru, bermula 1 Disember 2021, nombor telefon pada awb Poslaju dan City-Link Express juga akan dibuang.

Tapi bagaimana sekiranya pihak kurier ingin menghubungi penerima untuk menghantar barangan tersebut sekiranya anda tiada di rumah?

Menurut pengguna twitter nunnajmeen, walaupun tiada nombor telefon pada bungkusan Shopee tersebut, pihak kurier masih tahu nombor telefon penerima menerusi sistem yang telah berinteraksi secara dalaman. Jadi pihak kurier masih boleh menghubungi anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post