Senarai Pemain Badminton Yang Layak Ke Kejohanan BWF World Tour Final 2021

Senarai Pemain Badminton Yang Layak Ke Kejohanan BWF World Tour Final 2021

Siri jelajah kejohanan badminton BWF sudah sampai ke pertandingan yang terakhir iaitu BWF World Tour Final 2021 dan ini ianya akan berlangsung pada 1 hingga 5 Disember 2021.

Sepertinya kejohanan sebelumnya, HSBC BWF World Tour Final 2021 juga akan berlangsung di Bali, Indonesia dan ianya juga antara 3 kejohanan yang tersenarai dalam Festival Badminton Indonesia termasuk Indonesia Open dan Indonesia Masters sebelum ini.

Untuk tahun 2021, hanya 9 kejohanan 'World Tour' yang berjaya diadakan. Mata hanya dikira bagi kejohanan World Tour Super 1000, 750, 500, 300 dan 100 sahaja.

BACA : Jadual Perlawanan Siaran Langsung BWF World Tour Finals 2021

Antara kejohanan tersebut adalah YONEX Swiss Open 2021 (Super 300), YONEX All England Open 2021 (Super 1000), Orleans Masters 2021 (Super 100), Spain Masters 2021 (Super 300), VICTOR Denmark Open 2021 (Super 1000),YONEX French Open 2021 (Super 750), HYLO Open 2021 (Super 500), DAIHATSU Indonesia Masters 2021 (Super 750) dan Indonesia Open 2021 (Super 1000)

World Tour Finals yang merupakan acara tahunan dimana akan diadakan pada hujung tahun iaitu sekitar bulan Disember. Ianya menawarkan mata ranking dan juga hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak USD1,500,000 atau sekitar RM6.2 juta.

Syarat Kelayakan

Untuk melayakkan seseorang pemain atau pasangan melayakkan diri ke kejohanan akhir ini, mereka perlu tempatkan diri mereka dalam kedudukan 8 terbaik (top 8) bagi setiap kategori yang disertai.

Selain itu, pemain atau pasangan regu perlu menyertai salah satu kejohanan terakhir iaitu Indonesia Open atau Indonesia Masters. Bagi setiap kategori, hanya 2 wakil negara sahaja yang layak disertai.

Senarai Pemain/Pasangan Yang Layak Ke BWF World Tour 2021

Berikut merupakan senarai pemain dan pasangan regu yang layak untuk menyertai kejohanan BWF World Tour 2021 pada 1 hingga 5 Disember 2021 ini

Perseorangan Lelaki

  1. Lee Zii Jia (MAS)
  2. Viktor Axelsen (DEN)
  3. KIDAMBI Srikanth (IND)
  4. TOMA Junior POPOV (FRA)
  5. Lakshya SEN (IND)
  6. Kunlavut VITIDSARN (THA)
  7. Kento MOMOTA (JPN)
  8. Rasmus GEMKE (DEN)

Perseorangan Wanita

  1. Pornpawee Chochuwong (THA)
  2. Akane Yamaguchi (JPN)
  3. Busanan ONGBAMRUNGPHAN (THA)
  4. Pusarla V. Sindhu (IND)
  5. Line CHRISTOPHERSEN (DEN)
  6. An Se Young (KOR)
  7. Yvonne LI (GER)
  8. YEO Jia Min (SIN)

Beregu Lelaki

  1. Lee Yang/Wang Chi-Lin (TPE)
  2. Marcus Fernaldi Gideon/Kevin Sanjaya Sukamuljo (INA)
  3. Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen (DEN)
  4. Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS)
  5. Christo POPOV/Toma Junior POPOV (FRA)
  6. Satwiksairaj RANKIREDDY/Chirag SHETTY (IND)
  7. Pramudya KUSUMAWARDANA/Yeremia Erich Yoche Yacob RAMBITAN (INA)
  8. Takuro HOKI/Yugo KOBAYASHI (JPN)

Beregu Wanita

  1. Greysia Polii/Apriyani Rahayu (INA)
  2. Jongkolphan Kitithrakul/Rawinda Prajongjai (THA)
  3. Gabriela STOEVA/Stefani STOEVA (BUL)
  4. Chloe BIRCH/Lauren SMITH (ENG)
  5. Aswini PONNAPPA/REDDY N. Sikki (IND)
  6. Nami MATSUYAMA/Chiharu SHIDA (JPN)
  7. KIM Soyeong/KONG Heeyong (KOR)
  8. TAN Pearly/THINAAH Muralitharan (MAS)

Beregu Campuran

  1. Yuta Watanabe/Arisa Higashino (JPN)
  2. Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (THA)
  3. Marcus Ellis/Lauren Smith (ENG)
  4. Mathias CHRISTIANSEN/Alexandra BOJE (DEN)
  5. TANG Chun Man/TSE Ying Suet (HKG)
  6. Praveen JORDAN/Melati Daeva OKTAVIANTI (INA)
  7. TAN Kian Meng/LAI Pei Jing (MAS)
  8. CHAN Peng Soon/GOH Liu Ying (MAS)

Semoga berjaya buat wakil dari Malaysia untuk kejohanan BWF World Tour Finals 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post