Isu Pencemaran Acrylamide Dan Glicidol Di Dalam Produk Biskut. Ini Respon KKM

Isu Pencemaran Acrylamide Dan Glicidol Di Dalam Produk Biskut. Ini Jawapan KKM

Sebelum ini rakyat Malaysia dikejutkan apabila produk jenama biskut seperti Hup Seng, Jacobs dan Julie's dikatakan boleh menyebabkan kanser kerana mengandungi Acrylamide dan Glicidol.

Isu ini timbul apabila laporan yang dibuat oleh CHOICE Magazine di dalam dalam web Majlis Pengguna Hong Kong dikatakan terdapat 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut dicemari dengan bahan karsinogen yang boleh memberi risiko kanser kepada manusia.

Dalam 60 jenama produk tersebut terdapat juga jenama terkenal yang menghasilkan produk biskut yang dikilangkan di Malaysia. Kesemuanya adalah antara jenama biasa yang ada di kedai dan di beli oleh rakyat Malaysia.


Apa Itu Acrylamide Dan Glicidol?

Menurut International Agency For Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia seperti kanser.

Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Respon Daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Berikutan isu tersebut, KKM melalui Bahagian Keselamtan dan Kualiti Makanan (BKKM) tampil untuk respon melalui kenyataan akhbar KPK 27 Oktober 2021..

Menurut pihak BKKM sejak 2015 lagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu dibawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commision Regulation iaitu 350 µg/kg.

Selain itu, BKKM juga turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap bahan tersebut melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Untuk info lanjut, anda boleh dapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makandari Facebook rasmi BKKM

Selain itu, jika terdapat apa-apa isu berkaitan keselamatan makanan, anda boleh hubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat melalui laman web http://moh.spab.gov.my


sumber : kpkesihatan

Post a Comment

Previous Post Next Post