Pelan Premium Pelajar Daripada Spotify Serendah RM7.50 Sebulan

Pelan Premium Pelajar Daripada Spotify Serendah RM7.50 Sebulan

Spotify baru-baru ini telah memperkenalkan satu pelan premium baru khusus untuk pelajar di institusi pengajian tinggi dengan harga serendah RM7.50 sebulan.

Seperti pelan premium individu, pengguna dapat mendengar muzik tanpa gangguan iklan. Mendengar secara luar talian (offline) yang pastinya dapat menjimatkan data internet.

Selain itu, disediakan juga berjuta-juta lagu, playlist yang menakjubkan dan semestinya pengguna akaun premium Spotify dapat nikmati bunyi yang lebih berkualiti pada setiap lagu.

Sekiranya anda seorang pelajar yang mendaftar di kolej atau universiti yang diiktiraf dan berumur 18 tahun ke atas, maka anda layak untuk langgan Pelan Premium Pelajar ini.

Adalah lebih mudah untuk proses pengesahan sekiranya anda sambungkan internet dengan wifi kolej anda. Selain itu, anda perlu sediakan gambar ID pelajar untuk sebagai lampiran ketika proses pengesahan.

Pelan Premium Pelajar Daripada Spotify Serendah RM7.50 Sebulan

Langganan akaun Premium Student ini adalah sehingga 4 tahun. Anda akan terus mendapat akses kepada Premium Student sehingga 12 bulan dari hari terakhir anda melanggan atau membuat pengesahan semula, sementara pelan ini masih ada.

Sekiranya anda bukan lagi pelajar pada penghujung tempoh tersebut, anda tidak lagi layak untuk Premium Student tersebut. Oleh itu, langganan akan beralih secara automatik kepada pelan Premium Individual (RM14.90 sebulan).

Tapi jangan risau, sekiranya ada perubahan harga dimasa akan datang, pihak Spotify akan memaklumkan terlebih dahulu.

Sekiranya anda tidak berminat lagi dengan pelan tersebut, anda boleh membatalkan pelan ini pada bila-bila masa di halaman Akaun Spotify anda.


sumber : spotify

Post a Comment

Previous Post Next Post