Pemain Badminton Negara Dalam Piala Thomas & Piala Uber 2021

Barisan Pemain Badminton Negara Dalam Piala Thomas & Piala Uber 2021

Cabaran pemain negara diteruskan lagi dalam kejohonan badminton Piala Thomas 2021 (Thomas Cup) dan Piala Uber 2021 (Uber Cup) yang melibatkan acara berpasukan sama seperti di kejohonan Piala Sudirman 2021 sebelum ini.

Walaupun begitu ada sedikit kelainan format dimana, Piala Thomas hanya melibat pasukan badminton lelaki iaitu 3 perseorangan dan 2 beregu manakala Piala Uber melibatkan pasukan wanita (3 perseorangan dan 2 beregu).

Kejohonan BWF Thomas Dan Uber Cup berlangsung setiap 2 tahun dan tahun 2021 merupakan edisi ke-31 (Thomas Cup) dan edisi ke-28 (Uber Cup). Kejohonan ini telah pun ditangguhkan setahun yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 yang lalu disebabkan pandemik melanda dunia.

Kedua-dua kejohonan badminton utama peringkat antarabangsa yang melibatkan 16 negara ini akan berlangsung di Aarhus, Denmark bermula pada 9 Oktober hingga 17 Oktober 2021 serentak.

Piala Thomas

Kejohonan Badminton Piala Thomas kali ini melibatkan 16 negara dalam 4 kumpulan. Malaysia telah diundi dalam kumpulan D bersama Jepun, England dan Kanada.

Hanya pasukan juara dan naib juara sahaja yang akan berjaya melangkah ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kalah mati; Suku Akhir, kemudian Separuh Akhir dan diikuti peringkat Akhir.

Piala Thomas melibatkan 5 aksi yang terdiri daripada 3 perseorangan dan 2 beregu bagi setiap perlawanan. Jadi setiap pasukan perlu menang sekurang-kurangya 3 perlawanan untuk menerima mata kemenangan

Piala Thomas 2021

Pemain Badminton Lelaki Malaysia Untuk Piala Thomas 2021

Berikut merupakan senarai pemain badminton negara lelaki yang akan mewakili Malaysia bagi kejohanan kali ini

Perseorangan Lelaki -

  • Lee Zii Jia (Captain)
  • Tze Yong
  • Aidil Sholeh
  • Cheam Jun Wei
  • Leong Jun Hao

Beregu Lelaki - 

  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik
  • Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
  • Man Wei Chong
  • Tee Wai Kun
  • Low Hang Yee

Pial Uber

Kejohanan Badminton Piala Uber sama seperti Piala Thomas dimana juga melibatkan 16 negara dalam 4 kumpulan. Malaysia juga telah diundi dalam kumpulan D bersama China, Denmark dan Kanada.

Hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati dengan melibatkan 5 perlawanan iaitu 3 perseorangan wanita dan 2 beregu wanita. Perlu menang sekurang-kurangnya 3 perlawanan.

Piala Uber 2021

Pemain Badminton Wanita Malaysia Untuk Piala Uber 2021

Berikut merupakan senarai pemain badminton negara wanita yang akan mewakili Malaysia bagi kejohanan kali ini

Perseorangan Wanita

  • S Kisona
  • Goh Jin Wei
  • Eoon Qi Xuan
  • K Letshanaa
  • Siti Nurshuhaini Azman

Beregu Wanita

  • Lee Meng Yean (Captain)
  • M Thinaah
  • Pearly Tan
  • Yap Ling
  • Teoh Mei Xing
  • Go Pei Kee

Untuk rekod, Malaysia belum pernah lagi memenangi Piala Uber sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1957, manakala Malaysia kali terakhir memenangi Piala Thomas adalah pada tahun 1992.

Post a Comment

Previous Post Next Post