Jadual Penuh Perlawanan BWF Piala Sudirman 2021

Jadual Penuh Perlawanan BWF Sudirman Cup 2021

Skuad negara meneruskan lagi cabaran dan kali ini melibatkan skuad badminton negara dalam kejohonan yang berlangsung setiap 2 tahun sekali, Kejohanan Badminton Piala Sudirman atau BWF Sudirman Cup 2021.

Sebuah kejohanan bertaraf dunia dengan melibatkan 16 negara termasuk Malaysia. Kejohonan ini melibatkan acara berpasukan dengan 5 kategori bagi setiap negara yang bertanding iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita beserta beregu campuran.

Kejohanan ini tidak menawarkan hadiah wang ringgit tetapi memperoleh mata dalam carta ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi setiap perlawanan.

Barisan pemain negara yang terlibat dalam kejohonan Piala Sudirman 2021:

  • Perseorangan lelaki - Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Aidil Sholeh
  • Perseorangan wanita - Kisona Selvaduray, Eoon Qi Xuan, K. Letshanaa
  • Beregu Lelaki - Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Man Wei Chong/Tee Kai Wun
  • Beregu wanita - Pearly Tan/Thinaah Muralitharan, Yap Ling/Teah Mei Xing
  • Beregu Campuran - Hoo Pang Ron/Cheah Yee See, Chen Tan Jie/Peck Yen Wei

Walaubagaimanapun hanya seorang pemain atau regu yang dipilih bagi setiap perlawanan yang berlangsung.

pemain malaysia piala sudirman 2021

Jadual Perlawanan Langsung Badminton Piala Sudirman 2021

Kejohonan BWF Sudirman Cup 2021 bermula 26 September hingga 3 Oktober 2021 yang berlangsung di Vantaa, Finland. Anda boleh saksikan perlawanan secara langsung menerusi Astro Arena (CH 801), Astro SuperSport 3 (CH 813) dan Astro SuperSport 4 (CH 814). 

Bagi yang tiada Astro, anda boleh tonton secara percuma menerusi website atau aplikasi Sooka.my. Tiada siaran langsung di RTM.

Berikut merupakan jadual perlawanan beserta keputusan mengikut kumpulan :

Kumpulan A

26 September (Ahad)

  • China (5) vs (0) Finland - 3 PM
  • Thailand (4) vs (1) India - 3 PM

27 September (Isnin)

  • China (5) vs (0) India - 3 PM
  • Thailand (5) vs (0) Finland - 9 PM

29 September (Rabu)

  • India (4) vs (1) Finland - 9 PM
  • China (3) vs (2) Thailand - 9 PM

Kumpulan B

26 September (Ahad)

  • Chinese Taipei (5) vs (0) Tahiti - 3 PM
  • Korea Selatan (4) vs (1) Jerman - 9 PM

28 September (Selasa)

  • Chinese Taipei (5) vs (0) Jerman - 3 PM
  • Korea Selatan (5) vs (0) Tahiti - 3 PM

30 September (Khamis)

  • Chinese Taipei (0) vs (5) Korea Selatan - 3 PM
  • Jerman (5) vs (0) Tahiti - 3 PM

Kumpulan C

26 September (Ahad)

  • Indonesia (5) vs (0) Russia (NBFR) - 9 PM
  • Denmark (5) vs (0) Kanada - 9 PM

27 September (Isnin)

  • Denmark (4) vs (1) Russia (NBFR) - 9 PM
  • Indonesia (3) vs (2) Kanada - 9 PM

29 September (Rabu)

  • Indonesia (3) vs (2) Denmark - 3 PM
  • Kanada (0) vs (5) Russia (NBFR) - 3 PM

Kumpulan D

27 September (Isnin)

  • Malaysia (3) vs (2) England - 3 PM
  • Jepun (5) vs (0) Mesir - 3 PM

28 September (Selasa)

  • Jepun (5) vs (0) England - 9 PM
  • Malaysia (5) vs (0) Mesir - 9 PM

30 September (Khamis)

  • Jepun (4) vs (1) Malaysia - 9 PM
  • England vs Mesir - 9 PM

Peringkat Suku Akhir

1 Oktober

  • China (3) vs (2) Denmark - 3 PM
  • Korea (3) vs (2) Thailand - 3 PM
  • Malaysia (3) vs (2) Indonesia - 9 PM
  • Chinese Taipei (1) vs (3) Jepun - 9 PM

Peringkat Separuh Akhir

2 Oktober

  • China (3) vs (0) Korea - 3 PM
  • Malaysia (1) vs (3) Jepun - 9 PM

Peringkat Akhir (Final)

3 Oktober

  • China (3) vs (1) Jepun - 6 PM

CHINA menjuarai Piala Sudirman 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post