Jadual Penuh Perlawanan Siaran Langsung Piala Uber 2021 (Uber Cup)

jadual pertandingan piala uber 2021

Malaysia akan mengharungi sebuah lagi kejohanan badminton antarabangsa bagi acara berpasukan iaitu menerusi Piala Uber 2021 atau Uber Cup 2021 bermula 9 hingga 17 Oktober 2021.

Selepas berjaya meraih podium bagi pingat gangsa di acara BWF Piala Sudirman sebelum ini, sekali lagi skuad badminton negara diuji dan kali ini di venue berbeza pula iaitu di Denmark.

Piala Uber melibatkan 16 negara dalam 4 kumpulan. Kesemua barisan peserta adalah wanita manakala Piala Thomas melibatkan skuad lelaki. Ianya melibatkan 5 kategori bagi setiap perlawanan iaitu 3 perseorangan wanita dan 2 beregu wanita. Malaysia menghantar 10 pemain bagi mengharungi kejohanan ini.

BACA : Barisan Pemain Badminton Negara Dalam Piala Thomas & Piala Uber 2021

Dalam kejohanan ini, Malaysia diundi dalam kumpulan D bersama-sama China, Denmark dan Kanada. 2 pasukan teratas akan ke peringkat kalah mati selepas mengharungi 3 perlawanan.

Jadual Siaran Langsung Piala Uber 2021 (Malaysia)

Kejohanan badminton Piala Uber 2021 akan berlangsung bermula 9 - 17 Oktober 2021 di Aarhus, Denmark. Kesemua perlawanan akan diadakan di venue Ceres Arena termasuk Piala Thomas.

Jadi rakyat Malaysia boleh terus bagi sokongan kepada atlet negara dengan menonton kesemua perlawanan yang dibawakan secara langsung menerusi Astro Arena (CH 801 & CH 802) dan Astro SuperSport (CH 814) serta Astro Go

Bagi yang tiada Astro, jangan risau anda boleh tonton di saluran TV Okey (CH 146), Sukan RTM (CH 111 di MYTV) atau secara online di rtmklik.rtm.com.my. Khusus perlawanan melibatkan pasukan Malaysia, anda boleh tonton secara percuma di Sooka.my.

>> Jadual Pertandingan Piala Thomas 2021<<

Berikut merupakan jadual penuh perlawanan (waktu Malaysia, MYT):

9 Oktober 2021

  • Kumpulan A : Indonesia (4) vs (1) Jerman - 2.30 PM
  • Kumpulan D : China (5) vs (0) Kanada - 2.30 PM
  • Kumpulan A : Jepun (5) vs (0) Perancis - 7.30 PM
  • Kumpulan C : Korea (5) vs (0) Tahiti - 7.30 PM
  • Kumpulan D : Denmark (4) vs (1) Malaysia - 7.30 PM

10 Oktober 2021

  • Kumpulan B : India (3) vs (2) Sepanyol - 2.30 PM
  • Kumpulan B : Thailand (5) vs (0) Scotland - 2.30 PM
  • Kumpulan C : Chinese Taipei (5) vs (0) Mesir - 2.30 PM
  • Kumpulan D : China (5) vs (0) Malaysia - 7.30 PM
  • Kumpulan D : Denmark (4) vs (1) Kanada - 1.00 AM

11 Oktober 2021

  • Kumpulan A : Indonesia (4) vs (1) Perancis - 2.30 PM
  • Kumpulan C : Korea (5) vs (0) Mesir - 2.30 PM
  • Kumpulan C : Chinese Taipei (5) vs (0) Tahiti - 2.30 PM
  • Kumpulan A : Jepun (5) vs (0) Jerman - 7.30 PM
  • Kumpulan D : Malaysia (1) vs (4) Kanada - 1.00 AM

12 Oktober 2021

  • Kumpulan B : India (4) vs (1) Scotland - 2.30 PM
  • Kumpulan B : Thailand (5) vs (0) Sepanyol - 2.30 PM
  • Kumpulan A : Jepun (5) vs (0) Indonesia - 7.30 PM
  • Kumpulan A : Jerman (2) vs (3) Perancis - 7.30 PM
  • Kumpulan D : China (5) vs (0) Denmark - 1.00 AM

13 Oktober 2021

  • Kumpulan B : Thailand (5) vs (0) India - 2.30 PM
  • Kumpulan C : Mesir (5) vs (0) Tahiti - 2.30 PM
  • Kumpulan B : Sepanyol (3) vs (2) Scotland - 7.30 PM
  • Kumpulan C : Korea (4) vs (1) Chinese Taipei - 7.30 PM

14 Oktober 2021 (Suku Akhir)

  • Korea (3) vs (0) Denmark - 7.30 PM
  • Jepun (3) vs (0) India - 7.30 PM
  • Chinese Taipei (0) vs (3) China - 1.00 AM
  • Indonesia (2) vs (3) Thailand - 1.00 AM

15 Oktober 2021 (Separuh Akhi)

  • Thailand (0) vs (3) China - 1.00 AM
  • Jepun (3) vs (1) Korea - 1.00 AM

16 Oktober 2021 (Akhir)

  • China (3) vs (1) Jepun - 1.00 AM

PODIUM

  • EMAS - China
  • PERAK - Jepun
  • GANGSA - Korea & Thailand

Post a Comment

Previous Post Next Post