Adakah Hingus Kucing Najis? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Adakah Hingus Kucing Najis? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Kucing antara haiwan yang banyak dipelihara yang dijadikan haiwan peliharaan. Oleh itu, ianya akan tinggal bersama kita setiap masa di rumah dan akan selalu mendampingi kita.

Oleh itu, kita biasanya akan memeluk kucing tersebut sebagai tanda kasih sayang. Beri mereka makan, bersihkan kekotoran mereka dan sebagainya. Inilah kebiasaanya rutin pencinta haiwan peliharaan.

Sebagai penjaga kucing pastinya tidak lari daripada terkena kekotoran haiwan terutamanya ketika mereka sakit seperti bersin merata. Jadi hingus tersebut akan terkena pada pakaian kita.

Persoalaanya adakah hingus daripada kucing itu najis? Jika ya, adakah ianya perlu dibasuh dan dijiruskan pakaian tersebut dengan air mutlak? Atau ianya hanya sekadar basuh biasa atau lap dengan kain sahaja?

Berikut merupakan penjelasan berkaitan persoalan ini yang dijawab oleh Mufti Wilayah Persekutuan

Adakah Hingus Kucing Itu Najis?

Secara ringkas; Cecair hingus haiwan yang diyakini bukan keluar daripada perut dihukumkan suci mengikut hukum kategori haiwan. Sekiranya haiwan tersebut suci, maka cecair hingus tersebut dihukumkan suci. Justeru itu, peluh, air liur dan hingus kucing adalah suci.

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Status cecair yang keluar daripada haiwan yang suci adalah suci melainkan diyakini ia keluar daripada perut. Penyataan ini dijelaskan oleh Imam al al-Nawawi:

فرع في المنفصل عن باطن الحيوان هو قسمان أحدهما ليس له اجتماع واستحالة في الباطن وإنما يرشح رشحا والثاني يستحيل ويجتمع في الباطن ثم يخرج فالأول كاللعاب والدمع والعرق والمخاط فله حكم الحيوان المترشح منه إن كان نجسا فنجس وإلا فطاهر والثاني كالدم والبول والعذرة والروث والقيء وهذه كلها نجسة من جميع الحيوانات مأكول اللحم وغيره

“ Cecair yang terpisah daripada bahagian dalaman haiwan terbahagi kepada dua. Pertama, cecair yang tidak mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut. Cecair tersebut hanya sekadar meresap keluar sahaja. Kedua, cecair yang mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut kemudiannya cecair tersebut keluar. Contoh cecair jenis pertama ialah air liur, air mata, peluh dan hingus, maka hukum dari cecair jenis ini berdasarkan kepada hukum haiwan yang mengeluarkan cecair tersebut. Jika haiwan tersebut dihukumkan najis, maka cecair tersebut najis. Sebaliknya, jika keluar daripada haiwan yang suci, maka cecairnya juga dihukumkan suci. Contoh cecair jenis kedua ialah darah, kencing, tahi dan muntah. Kesemuanya (cecair jenis kedua) dihukumkan sebagai najis tidak kira sama ada ia keluar daripada haiwan yang boleh dimakan atau tidak” (Rujuk Raudhah al-Tolibin, 1/16).[1]

Penutup

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan fuqaha mazhab syafie yang dikemukakan, hingus haiwan yang diyakini bukan terhasil daripada proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut adalah suci mengikut hukum haiwan yang suci.

Justeru itu, air liur, peluh dan hingus kucing dihukumkan suci kerana kucing adalah haiwan suci.

[1] Al-Nawawi, Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharf (1991), Raudhah al-Tolibin, Wa Umdatun Muftin, Beirut: Maktabah Islami. Jld. 1 p: 15


sumber : Pejabat Mufti Wilaya Persekutuan

Post a Comment

Previous Post Next Post