Cara Download & Cetak Sijil Digital Vaksinasi File PDF Menerusi MySejahtera

Cara Download & Cetak Sijil Digital Vaksinasi File PDF Menerusi MySejahtera

Orang ramai yang telah lengkap vaksinasi kini boleh download, simpan dan cetak (print) sijil vaksinasi tersebut daripada MySejahtera dalam format PDF.

Ciri dan kemaskini terbaru ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman twitter rasmi beliau sebelum ini apabila ianya dapat maklumbalas daripada pengguna twitter yang lain.

Dalam twitter beliau, kemaskini terbaru ini membolehkan orang ramai yang telah lengkap 2 dos vaksin Covid-19 untuk download cetak file PDF sijil vaksinasi untuk tujuan pergerakan dalam dan luar negara kelak.

Mungkin ada antara kita tiba-tiba berlaku masalah pada telefon atau mungkin ianya tertinggal di rumah atau hilang. Jadi dalam masa terdesak, boleh la tunjukkan sahaja hard copy sijil tersebut apabila diminta.

Cara Download & Cetak File PDF Sijil Digital Vaksinasi

Untuk dapatkan ciri kini, anda perlu kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi yang terbaru. Kini pengguna Android dan iOS masing-masing boleh dapatkan kemaskini terbaru ini. 

  1. Pastikan sijil digital vaksinasi anda sudah bertukar kewarna kuning (fully vaccinated). Jika sudah, pergi ke halaman Profile
  2. Kemudian pergi ke bawah sekali sehingga jumpa ikon Download. Klik pada ikon tersebut
  3. Anda akan diberikan file dalam format PDF. Dan dari situ, anda boleh print atau cetak seperti biasa.

Cara Download & Cetak File PDF Sijil Digital Vaksinasi

Jadi dengan kemudahan ini, ianya lebih mudah, sekiranya apa-apa berlaku kepada sijil digital vaksinasi kita atau pada telefon bimbit kita kan. Kita sudah ada 'hard copy' pun.

Post a Comment

Previous Post Next Post