Unifi TV Memperkenalkan 12 Saluran Baru Bermula 1 Oktober Ini

Unifi TV Memperkenalkan 12 Saluran Baru Bermula 1 Oktober Ini

Berita baik untuk semua pengguna Unifi TV, bermula 1 Oktober ini, pihak Unifi akan memperkenalkan 12 saluran baru bersama-sama dengan 7 aplikasi penstriman.

Jika sebelum ini Astro juga telah memperkenalkan beberapa saluran berikutan penamatan saluran Disney di rantau Asia Tenggara ini. Unifi TV juga turut terkesan.

Saluran yang akan ditamatkan bermula 1 Oktober juga adalah FOX, FOX Life, FX, SCM Legend, FOX Action Movies, FOX Family Movies, FOX Movies, FOX Sports, FOX Sports 2, FOX Sports 3, Nat Geo People, Baby TV, National Geographic Channel, Nat Geo Wild, Sky News, Star Chinese Channel dan SCM.

Oleh itu, bagi menjadikan Unifi TV antara penyedia perkhdimatan konvergen utama negara, turut diperkenalkan beberapa saluran baru dan ditambah dengan beberapa aplikasi penstriman.

12 saluran tersebut adalah Celestial Movies, CCM, K-Plus, GEM, AXN, Animax, HITS, HITS MOVIES, TechStorm, Arirang TV, SPOTV dan SPOTV2.

Manakala untuk 7 aplikasi penstriman baru itu adalah Amazon Prima Video, Lionsgate Play, TVBAnywhere+, iqiyi, Viu, ZEE5 dan Simply South.

Unifi TV Memperkenalkan 7 aplikasi penstriman Baru Bermula 1 Oktober Ini

Kesemua aplikasi penstriman yang baru boleh didadapti di unifi Plus Box untuk ditonton di rumah atau boleh dimuat-turun oleh pelanggan di smartphone bagi tontonan dari mana-mana sahaja.

Dengan penambahan tersebut, kini di Unifi TV menawarkan sejumlah 73 saluran dan 10 aplikasi penstriman di platformnya.

Anda boleh tengok pakej lengkap yang baru yang ditawarkan oleh pihak Unifi melalui Unifi TV menerusi laman web UNIFI.

Post a Comment

Previous Post Next Post