Senarai Peserta Dan Biodata Pencarian Nona Superwoman 2021

Senarai Peserta Dan Biodata Pencarian Nona Superwoman 2021

Buat julung kalinya diadakan program realiti bagi mencungkil potensi golongan usahawan wanita khususnya kumpulan B40 dan M40 yang terjejas akibat pandemik Covid-19 menerusi Pencarian Nona Superwoman 2021.

Sebelum ini, pihak penganjur, Nona telah mengadakan pencarian Nona Superwoman yang dilakukan secara online dan terdapat lebih 250 peserta telah mencuba nasib bagi. Daripada jumlah itu, seramai 12 finalis telah terpilih untuk musim pertama ini.

Penyertaan adalah terbuka kepada golongan usahawan wanita dalam kumpulan B40 dan M40 berusia sekitar 25 hingga 45 tahun dan mempunyai perniagaan sendiri sama ada dijalankan secara separuh atau sepenuh masa.

Program Pencarian Nona Superwoman akan berlangsung sebanyak 8 episod yang akan dihoskan oleh Uyaina Arsha dan merebut hadiah lumayah sehingga RM50,000. Mereka akan dinilai 100% daripada pemarkahan juri profesional.

Program ini juga akan bersiaran setiap hari Rabu, jam 9.00 malam mulai 22 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (CH 105). Juga boleh tonton di Astro Go atau menerusi On Demand untuk waktu lebih fleksibel.

Senarai Peserta Dan Biodata Pencarian Nona Superwoman 2021

Berikut merupakan senarai 12 finalis peserta Pencarian Nona Superwoman

#1 - Syu Ramli

Syu Ramli

Nama : Nor Suhada Ramli
Umur : 33 tahun
Asal : Melaka
Taraf Pendidikan : Sarjana Muda Kimia Gunaan
Produk Bisnes : Wowsambel (Makanan)

  • Suka memasak ketika waktu lapang
  • Pernah terlibat dalam iklan komersial sebagai Icon TVC bersama Telekom Malaysia (TM)

#2 - Jiejie

Jiejie

Nama : Fauziah Binti Abu Samat
Umur : 26 tahun
Asal : Sabah
Taraf Pendidikan : SPM
Produk Bisnes : Fofaskin (Penjagaan Wajah)

  • Suka berkaraoke di waktu lapang
  • Aktif di platform Bigo
  • Boleh bernyanyi dalam bahasa Dusun

#3 - Sya

Sya

Nama : Nurul Syamimi Binti Mohd Fauzi
Umur : 32 tahun
Asal : Kelantan
Taraf Pendidikan : Diploma Komunikasi dan Media
Produk Bisnes : Bebilis (Makanan Kering)

  • Isteri kepada seorang pegawai Tentera Darat Malaysia (TLDM)
  • Gemar memasak di waktu lapang
  • Pernah terlibat dalam TVC untuk KFC

#4 - Fazlia Akma

Fazlia Akma

Nama : Fazliatul Akmar Binti Zainudin
Umur : 37 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Taraf Pendidikan : Diploma dalam Komputer Sains
Produk Bisnes : Niqahq (Hijab Wash)

  • Berpengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran
  • Produk beliau pernah berada dalam slot di TV Al Hijrah

#5 - Fazsfaozi

Fazsfaozi

Nama : Norfazlina Binti Mohd Faozi
Umur : 35 tahun
Asal : Perak
Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri
Produk Bisnes : Faszbeauty (Penjagaan Wajah)

  • Pernah menjadi juri di sebuah program si saluran RTM
  • Jenamanya pernah terpampang di billboard

#6 - Sarah Ismail

Sarah Ismail

Nama : Maisarah Binti Ismail
Umur : 34 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Taraf Pendidikan : Master Degree di ASWARA
Produk Bisnes : Kelas Vokal (Perkhidmatan)

  • Pernah berlakon dalam filem Bangunan (seorang pelakon)
  • Pernah menjadi co-host dalam Go Shope
  • Pernah mewakili Malaysia menyanyi di Melbourne Australia

#7 - Emma Bee

Emma Bee

Nama : Nurbasma Binti Khalid
Umur : 37 tahun
Asal : Selangor
Taraf Pendidikan : Diploma in Business Administration
Produk Bisnes : Jamu Diva (Produk Kesihatan)

  • Pernah bekerja sebagai pramugari
  • Pernah berlakon dalam Gerak Khas sebagai pelakon tambahan

#8 - Ayu Omar

Ayu Omar

Nama : Rahayu Binti Omar
Umur : 28 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Taraf Pendidikan : SPM
Produk Bisnes :Bellathebakers (Bakeri)

  • Bekas pramugari MAS
  • Ibu tunggal kepada seorang cahaya mata

#9 - Rina Hashim

Rina Hashim

Nama : Nurina Binti Hashim
Umur : 35 tahun
Asal : Kelantan
Taraf Pendidikan : SPM
Produk Bisnes : Makeydaps (Makanan - Kambing/Ayam Perap)

  • Bercita-cita untuk menjadi pelakon
  • Mempunyai 4 orang cahaya mata

#10 - Ana Najia

Ana Najia

Nama : Ana Najia Binti Shahrin
Umur : 26 tahun
Asal : Perak
Taraf Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda (English Literature) UM
Produk Bisnes : Halwa.An (Kek)

  • Pernah sertai ujibakat Dewi Remaja tahun 2019
  • Pernah sertai ujibanat menjadi pembaca berita
  • Ingin menonjolkan potensi diri dan menambah ilmu perniagaan

#11 - Ayda

Ayda

Nama : Nur Aida Nazili Binti Norazlan
Umur : 30 tahun
Asal : Kelantan
Taraf Pendidikan : SPM
Produk Bisnes : Inai Sahara (Kecantikan)

  • Pernah sertai DFKL tetapi tidak berjaua
  • Minat bidang nyanyian
  • Pernah sertai ujibakat Akademi Fantasia

#12 - Linda Roos

Linda Roos

Nama : Noor Fazlinda Roos Afandy
Umur : 36 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Taraf Pendidikan : Sarjana Multimedia Kreatif di Multimedia University (MMU)
Produk Bisnes : Myprontopix (Frame Disign)

  • Pernah serta SUKMA dalam acara sukan Gimnastik mewakili Kuala Lumpur
  • Salah seorang penari Flow Fever
  • Pernah terlibat dalam Teater Puteri Gunung Ledang sebagai 'ensemble' pada tahun 2006


sumber :[1][2]

Post a Comment

Previous Post Next Post