Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Jika anda seorang seller Shopee dan anda mahukan barangan anda dapat Free Shipping, anda boleh tengok sini cara mohon dan untuk dapatkan ciri ini dengan mudah untuk tahun 2021.

Sekarang orang sudah ramai telah menggunakan platform Shopee. Kita sudah tau berapa banyak yang menggunakan Shopee untuk berbelanja online dan juga kini sudah mula ramai berkecimpung untuk berniaga di Shopee sebagai Seller. Kepada yang masih baru dan ingin mula berniaga di Shopee, boleh dapatkan panduan Bisnes Shopee peroleh penjualan sehingga 4 angka ini.

Jadi kini pastinya persaingan semakin sengit bagi merebut pelanggan yang ada di Shopee buat Seller yang menjual barangan yang sama. Oleh itu, kita kena pastikan apa kelebihan yang ada di kedai Shopee kita sehingga dapat menarik lebih ramai pelanggan dan salah satu caranya adalah khidmat "Free Shipping".

Dengan adanya free shipping ini pastinya potensi pelanggan lebih berminat untuk membeli dengan kita. Ye la kan, benda free mestilah orang suka. Untuk pengetahuan, free shipping perlu dimohon untuk dapatkan ciri ini, oleh itu, anda boleh tengok sini cara macam mana nak dapatkan Free Shipping terutamanya bagi Seller di Shopee

Cara Nak Dapatkan Free Shipping Bagi Seller

Free Shipping ada 2 jenis ketika ini iaitu

  • FS40 - minimum pembelian RM40
  • FS15 - minimum pembelian RM15

FS40

FS40 ini bukanlah Free Shipping sepenuhnya tetapi lebih kepada rebate atau subsidi kepada sebahagian kos postage. Sebab itu kalau dah cukup syarat pembelian dan guna voucer sekali pun, jika beli di Seller FS40, masih ada sedikit kos pos yang perlu dibayar.

FS40 ini, automatik untuk courier J&T dan DHL. Anda tidak perlu mohon tetapi perlu activate sahaja. Ikuti caranya dibawah :

Log in Seller Center di seller.shopee.com.my dan kemudian pergi ke My Shipment > Shipping Setting. 

Enable atau aktifkan J&T/DHL mengikut keperluan

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Manakala bagi Poslaju dan Ninja Van, anda perlu mohon.

Untuk Poslaju, boleh mohon disini shopee.com.my/poslajusingup dan pastikan anda baca dahulu syarat yang ditetapkan sebelum mohon. Permohonan mengambil masa lebih kurang 2 minggu.

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Untuk Ninja Vam, boleh mohon disini surveygizmo.com/s3/singup dan pastikan juga faham berkaitan syarat yang dikenakan juga.

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Jika nak tahu lulus atau tidak, anda boleh semak di Shipping Setting. Jika muncul Poslaju dan Ninja Van, permohonan sudah lulus. Manakala J&T dan DHL tadi, adalah secara default

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

FS15

Untuk FS15 ini pun, anda kena mohon juga  tetapi syaratnya anda sudah ada minimum 10 completed order dan barulah boleh lulus. Cara nak mohon :

Pergi di Home Shopee www.shopee.com.my > klik RM15 Free Shipping dan klik Free Shipping Voucer.

Kemudian anda perlu skrol dan cari "Join Now". Baca dahulu syarat yang dikenakan sebelum memohon. Jika sudah mohon, tunggu sahaja kelulusan. 

Cara Macam Mana Nak Dapatkan "Free Shipping" Bagi Seller Shopee

Untuk FS15 ini, anda perlu guna sekurang-kurangnya sebulan dan barulah boleh keluar jika tidak berminat.

Cara Keluar Daripada FS15

Selepas sebulan baru boleh keluar. 

Borang opt out, refer kat apps Shopee > home > free shipping RM15 > voucher > RM15 program > scroll sampai jumpa butang Opt Out dan klik.

Belajar Lebih Mendalam Sebagai Seller Di Shopee

Jika anda masih baru dan kurang arif tentang selok belok perniagaan di Shopee, anda boleh dapatkan panduan yang kami kongsikan disini.

Bagaimana anda boleh belajar bisnes Shopee sehingga peroleh pendapatan empat angka seminggu. Sekali gus memperoleh pendapatan yang baik untuk diri dan keluarga.

Anda boleh klik pada gambar dibawah untuk dapatkan info lanjut dan beli panduan bisnes Shopee ini.

cara berniaga di Shopee untuk tahun 2021


sumber : Sakinah mK

Post a Comment

Previous Post Next Post