Drama The Hotel Di Astro Ria (Slot Megadrama)

drama the hotel megadrama astro ria

Minggu ini, Astro bawakan drama siri terbaru 2021 bertajuk The Hotel yang akan mula bersiaran pada 15 September 2021 bagi slot Megadrama di Astro Ria.

Drama The Hotel arahan Helmi Yusof bakal mengisi slot yang ditinggalkan oleh drama Hawa sebelum ini. Sebuah drama yang mengisahkan tentang jenaya pembubuhan yang dilakukan akibat gangguan mental.

Drama terbitan Juita Viden ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mira Filzah dan Sean Lean. Buat pertama kali juga, MK K-Clique akan berlakon yang juga memegang watak utama dalam drama ini.

drama the hotel megadrama astro ria

Selain itu terdapat juga Natasha Elyzza, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Farah Ahmad, Azhar Amir, Alif Hadi, Ku Faridah dan ramai lagi.

Drama The Hotel bukan adaptasi novel sebaliknya dihasilkan melalui idea asal Michael Ang yang juga sebagai penerbit disamping 4 penulis skrip iaitu Nadia Khan, Rahim Ramli, Qawiem Hamizan dan Michelle Yoon.

Sinopsis Drama The Hotel

Drama The Hotel mengisahkan tentang Raisa (Mira Filzah) seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya (Yasmin Hani) yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh.

drama the hotel megadrama astro ria

Sean (MK K-Clique) muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa. Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah.

drama the hotel megadrama astro ria

Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama The Hotel yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria bermula 15 September ini.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

drama the hotel megadrama astro ria

Post a Comment

Previous Post Next Post