Sempena Hari Malaysia, Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Sempena Hari Malaysia, Astro belanja sebuah filem pendek khas bertajuk 'Kampong Pisang Kita Setandan' yang akan disiarkan pada 16 September 2021 di Astro 25 saluran 100.

Filem ini ditulis sendiri oleh pengarah terkenal dengan siri Kampong Pisang iaitu Mamat Khalid yang membawa tema semangat perpaduan yang wujud dalam kampung tersebut.

Mungkin ini adalah franchais terbaru dari siri Kampong Pisang yang pastinya terdapat watak-watak hebat seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim dan semestinya penduduk Kampong Pisang itu sendiri.

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Filem ini pastinya diketengahkan dengan elemen jenaka dan ditambah dengan semangat patriostisme yang akan disampaikan secara santai bersempena Hari Malaysia beserta mesej dan semangat perpaduan semua bangsa.

Antara barisan pelakon yang terlibat seperti Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Sinopsis Filem Kampong Pisang Kita Setandan

Bila cerita pasal Kampong Pisang, tidak boleh lari dari masalah. Filem Kampong Pisang Kita Setandan mengisahkan tentang Teck Zee iaitu anak kepada Ng Chee Lam yang ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan.

Namun kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Tapi kenapa?

Disinilah geng Kampong Pisang beraksi dengan kali ini Pak Din Pest Control akan mengetuai misi ini bagi membantu dan mencari kepastian demi keharmonian penduduk Kampong Pisang.

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Waktu Bersiaran

Filem Kampong Pisang Kita Setandan merupakan sebuah filem pendek yang berdurasi selama 30 minit sahaja. Ianya akan ditayangkan pada 16 September ini, hari Khamis, jam 4.00 petang di Astro 25 saluran 100. Anda boleh juga tonton di Astro Go atau secara On Demand.

Selain itu, filem ini juga turut dimainkan di saluran lain Astro seperti berikut:

  • 16 September, Khamis 5.30 petang Astro Prima (CH 105)
  • 16 September, Khamis 9.30 malam Astro Ria (CH 104)
  • 18 September, Sabtu 10.00 malam Astro Warna (CH 107)
  • 20 September, Isnin 8.00 malam Astro Citra (CH 108)
  • 22 September, Rabu 12.30 tengahari NJOI TV (CH 140)

Jadi jangan lupa untuk saksikan filem Kampong Pisang Kita Setandan sempena Hari Malaysia

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Saksikan Filem Kampong Pisang Kita Setandan Di Astro 25

Post a Comment

Previous Post Next Post