Saksikan Telefilem Kasih Tau Foo Fah Di TV3 (Slot Cerekarama)

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Di TV3 (Slot Cerekarama)

Slot Cerekarama kali ini TV3 membawakan semula, ulang siar telefilem Kasih Tau Foo Fah yang akan bersiaran pada 18 September ini untuk tontonan orang ramai.

Telefilem ini mendapat sambutan yang baik ketika tontonan kali pertama sebelum ini iaitu pada September 2020 menerusi slot yang sama dimana ianya menyentuh hati. Kali ini sekali lagi muncul di kaca tv.

Kasih Tau Foo Fah diarahkan oleh Raja Mukhriz Ahmad Kamaruddin dan membariskan pelakon seperti Michael Ang, Mior Darwish dan Sharifah Sakinah

Mereka dibantu oleh pelakon lain iaitu Pekin, Sharifah Shahora, Phoebe Tan, Jimmy Chong dan juga terdapat penampilan khas daripada Syukri Yahya


Telefilem Kasih Tau Foo Fah Di TV3 (Slot Cerekarama)

Sinopsis Telefilem Kasih Tau Foo Fah

Telefilem Kasih Tau Foo Fah mengisahkan kehidupan Fikri (Mior Darwish) yang terpisah dengan keluarganya angkara kemelut hidup. Hinggalah dia ditemui oleh Ah Leong (Michael Ang), seorang penjaja tau foo fah.

Selama penemuan tersebut, pelbagai cabaran yang mereka lalui bermula dengan rasa benci terhadap Fikri sehinggalah Ah Leong mengambil keputusan untuk mengambil budak tersebut sebagai anak angkat selepas diberitahu kematian ibunya.

Bermula dari itulah, kasih sayang mereka bertambah erat di samping tau foo fah yang dijual.

Ini tidak berlarutan lama sehingga Fikri terpaksa dibawa ke pusat jagaan kanak-kanak. Tidak cukup dengan itu, tiba-tiba Fikri diambil oleh keluarga angkat yang baru.

Bermula detik inilah, Ah Leong merasa sangat sedih dan berdoa setiap hari supaya Fikri kembali ke pangkuannya. Mampukah Fikri kembali bersatu dengan keluarga kandungnya?

Telefilem Kasih Tau Foo Fah Di TV3 (Slot Cerekarama)

Waktu Tayangan

Jadi jangan lupa untuk saksikan lagi telefilem Kasih Tau Foo Fah yang akan bersiaran pada 18 September ini, hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3.

Post a Comment

Previous Post Next Post