Kerajaan Bersetuju Untuk Melaksanakan Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19

Kerajaan Bersetuju Untuk Melaksanakan Pemberian Dos Ketiga Vaksin Covid-19

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

Kenyataan ini juga dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin di akaun twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Sebelum ini, hanya 2 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan kepada penerima daripada jenis vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

Walaubagaimanapun, keutamaan dos suntikan ketiga akan tertumpu kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompormised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities).

Pelaksanaan ini akan dibuat apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebih 80% dan kini Malaysia telah mencatatkan 78% populasi dewasa lengkap vaksin. Ianya dijangka bermula awal Oktober ini.

Dalam pada itu, sos ketiga ini dapat meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19, yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

Oleh itu, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos ketiga ini.

Setakat ini antara negara yang telah menawarkan dos ketiga suntikan vaksin Covid-19 adalah Singapura, Perancis, Jerman, Belgium dan United Kingdom.

Post a Comment

Previous Post Next Post