Lembah Klang & Melaka Kini Beralih Ke Fasa 3 Dan Tiada Lagi Negeri Dalam Fasa 1 Serta Kelonggaran Terbaru

Tiada lagi fasa 1 di seluruh negara

Perdana Menteri, YAB Dato' Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peralihan fasa bagi beberapa negeri iaitu Melaka, Kedah dan Lembah Klang beserta kelonggaran baru yang telah ditetapkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membenarkan peralihan fasa bagi beberapa negeri berkuatkuasa 1 Oktober 2021 iaitu negeri Kedah dariapda Fasa 1 kepada Fasa 2.

Manakala, Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya & Selangor) dan melaka beralih daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 juga bermula Jumaat ini. Oleh itu, kini tiada lagi negeri dalam Fasa 1.

fasa ppn semasa

Fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober 2021

Keputusan ini dibuat apabila Malaysia terus merekodkan trend penurunan bagi kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19. Kini seluruh negara mencatatkan nilai 0.88 dan kemasukan pesakit Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) juga menunjukkan trend penurunan.

Selain itu, Perdana Menteri juga mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah merekodkan kadar 85.1% populasi dewasa lengkap divaksin.

Manakala bagi PICK Remaja yang semakin hari mendapat sambutan menggalakkan apabila mencatatkan sebanyak 1,217,386 dos vaksin yang telah diberikan kepada remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

Jadi seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa mencapai 90 peratus.

Kelonggaran Terbaru SOP

Dengan ini juga, kerajaan juga membuat keputusan untuk memberi kelonggaran dengan membuat beberapa ketetapan baru.

Kini majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 dengan syarat tetamu lengkap vaksinasi dan kapasiti 50% ruang premis. Untuk negeri Fasa 4 boleh sehingga 100% kapasiti penuh

Selain itu, pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri kini juga dibuka. Ianya melibatkan kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan patuhi SOP berkuatkuasa 15 Oktober 2021.

Selain itu juga, anda kini dibenarkan hadir ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi sebagai penonton atau penyokong bagi negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4. Ianya melibatkan sebelum, semasa dan selepas acara sukan dengan syarat telah menerima vaksinasi lengkap.

stadium dibenarkan

SOP lain, anda perlu sentiasa memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan masuk.

Oleh itu, jika anda ingin ketahui SOP lebih terperinci berkaitan kelonggaran terbaru ini, anda boleh semak di laman web MKN di www.mkn.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post