Cara Untuk Mulakan Bisnes Tudung Secara Online Dengan Modal Yang Kecil

Cara Untuk Mulakan Bisnes Tudung Secara Online Dengan Modal Yang Kecil

Dimusim sekarang ini, tidak boleh tidak kita perlu cari kerja sampingan untuk dapatkan pendapatan tambahan dan salah satunya adalah dengan berniaga. Tapi masih buntuk nak berniaga apa ketika ini?

Terlalu banyak perniagaan yang sesuai dilakukan kini dan perkara paling mudah untuk tentukan apa yang anda ingin jual adalah melalui minat terhadap sesuatu.

Mungkin anda minat makan, boleh jual makanan, jual burger, jual chocojar dan macam-macam lagi. Jika minat kumpul tudung, mungkin anda boleh mulakan perniagaan dengan menjual tudung yang pastinya anda tahu kerana ianya sesuatu yang anda gemar.

Tapi ada ramai yang cakap, untuk betul-betul berjaya dalam bisnes tudung ini sukar kerana perlukan modal yang besar. Kalau modal kecil, mungkin perniagaan tidaklah terlalu maju dan berkembang di masa akan datang.

Tapi hakikatnya ialah ramai je peniaga tudung "Kecil-kecilan" yang berjaya membuat untung besar dalam bisnes tudung mereka walaupun bermula tanpa modal besar dan tidak dikenali ramai pun kerana kurang followers.

Pasti ada rahsia macam mana sebenarnya mereka boleh berjaya dengan bisnes tudung walaupun dengan modal yang kecil

Rahsia Bisnes Tudung Dengan Modal Yang Kecil

Rahsianya ialah mereka : 

1)  Menjual tudung yang tepat pada orang yang betul (TARGET MARKET)

2)  Menjual tudung di platform-platform yang ramai orang membeli (Seperti Shopee)

3)  Membina hubungan & kepercayaan yang mantap dengan para pembeli (Customer Service)

4)  Menjual tudung-tudung yang unik dengan kualiti "bangsawan" walaupun harga "marhaen"

Jika anda ada 4 perkara di atas, secara automatiknya bisnes anda akan mempunyai follower yang ramai seperti semut yang menghurung gula - Inilah yang akan gandakan keuntungan bisnes tudung anda!

Cara Untuk Mulakan Bisnes Tudung Secara Online Dengan Modal Yang Kecil

Hmm.. Habis tu macam mana pula dengan modal?

"Bolehkah kita mulakan bisnes tudung yang "lumayan" ini dengan modal yang minimum?"

Jawapannya, "Boleh jer.."

Jika anda ada modal yang sangat minimum, anda boleh join syarikat-syarikat tudung sedia ada sebagai agen atau dropship. Anda tidak perlu keluarkan modal yang besar atau mungkin zero modal pun boleh mulakan perniagaan.

Jika anda ada modal lebih sikit, anda boleh memborong tudung-tudung daripada pembekal dan menjualnya terus kepada pengguna.

Jika anda ada modal yang banyak, anda boleh mula membina jenama dan style tudung anda sendiri dan membangunkan empayar bisnes tudung yang besar.

Cara Untuk Mulakan Bisnes Tudung Secara Online Dengan Modal Yang Kecil

Bisnes Tudung ini sangat "FLEKSIBEL" - Anda boleh mulakannya mengikut modal di tangan. Boleh mula dengan slowly but surely.

Ditambah dengan strategi jualan yang benar-benar mantap dan berkesan, InsyaAllah, anda pasti mampu menjana keuntungan dengan bisnes tudung ini!

Nak tahu cara SEBENAR membina Bisnes Tudung yang benar-benar lumayan daripada kosong? 

Mungkin inilah masanya untuk anda tambah ilmu dan pelajari selok-belok perniagaan bisnes tudung. Anda boleh menggunakan segala ilum yang anda dapatkan ini kepada perniagaan anda dan mengembangkanya sehingga berjaya.

Dapatkan ebook 'Rahsia Bisnes Tudung' yang mampu menjana sehingga 5 angka sebulan walaupun menjual tanpa premis atau kedai yang mana menggunakan modal kecil sahaja

Klik gambar di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Semoga ebook panduan ini boleh membantu anda memulakan bisnes tudung sehingga berjaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post