Senarai Kedai Barangan RM2 Yang Ada Di Shopee (Eco Shop, Ninso, NOKO)

Senarai Kedai Barangan RM2 Yang Ada Di Shopee (Eco Shop, Ninso, NOKO)

Sebenarnya di Malaysia bukan Eco Shop sahaja kedai 2 ringgit (RM2.10) tetapi sebenarnya banyak lagi dan kini mereka juga sudah berada di laman e-dagang Shopee tau.

Sebelum ni bila kita cakap pasal kedai RM2, kita akan terbayang kedai Eco Shop. Mungkin kerana cawangan mereka yang sudah berada di setiap pelusuk negara kan.

BACA : Beli Barangan ECO, MR DIY, Daiso Dan Banyak Lagi Di Shopee

Tapi sebenarnya ada lagi kedai dengan konsep yang sama dengan tawaran barangan RM2.10 juga. Antaranya adalah Lagi banyak pilihan Ninso, Noko, Cheap2Shop dan NT Shop.

Jadi jika ianya berdekat dengan kawasan anda, boleh la datang shopping barangan keperluan di kedai atau premis-premis ini. Tapi macam mana kalau tiada cawangan di tempat anda?

Jangn risau! Ini kerana kedai-kedai ini juga menyediakan pembelian secara online dimana mereka juga sudah memasuki pasaran Shopee.

Ini bermakna, seluruh Malaysia kini boleh dapatkan barangan RM2 daripada kedai-kedai tersebut tanpa perlu pergi ke cawangan mereka pun. Semuanya di hujung jari, semuanya ada di Shopee.

Senarai Kedai RM2 Yang Ada Di Malaysia Kini Di Shopee

Lepas ni beli online je mudah. Harga pun masih sama di Shopee iaitu RM2.10 sahaja.

#1 - Eco Shop

shopee Eco Shop

Ini biasa sangat kita dengar sebab cawangan kedai mereka ada di serata negara. Kini mereka pun sudah ada di Shopee.

Setakat ini terdapat lebih 1400 produk yang ada dalam kedai Shopee mereka. Manakala rating yang diberikan oleh pelanggan lebih 900 ribu dengan keseluruhan rate 5/5 tau.

Boleh terus ke Shopee ECOShop Malaysia

#2 - Ninso

shopee Ninso

Ninso juga menjual barangan dengan harga RM2.10 di premis mereka termasuk di Shopee. Pelbagai barangan yang ada seperti makanan, barangan dapur, barang kecantikan, barangan rumah dan sebagainya.

Setakat ini, lebih 1000 produk yang ada dalam kedai Shopee mereka. Dengan lebih 7000 rating yang diterima dan secara average adalah rate 4.9/5

Boleh terus ke Shopee Ninso Official Store

#3 - NOKO

shopee NOKO

Anda boleh dapatkan barangan rumah, makanan, barangan keperluan asas, barangan bayi, barangan kebun dan banyak lagi hanya di NOKO.

Nampaknya disini lebih menarik, jika kedai lain tawarkan harga RM2.10, di Shopee NOKO mereka menjual dengan harga RM2.00 sahaja. Beli banyak-banyak jimat juga tu.

Setakat ini terdapat 3300 lebih barangan yang ada dalam kedai Shopee mereka dan menerima lebih 60k rating. Secara average rating 4.9/5.

Boleh terus ke Shopee NOKO RM2 Malaysia

#4 - NT Shop

shopee NT Shop

Dengan trademark, 'Ingat Jimat, Ingat NT' kini mereka sudah ada di Shopee. Ianya juga menjual barangan keperluan dengan harga RM2.10 bagi setiap item.

Walaubagaimanapun, baranganya tidak la semewah kedai 2 ringgit Shopee yang lain kerana hanya terdapat lebih kurang 328 produk sahaja di kedai Shopee mereka. Rating 4.9/5.

Boleh terus ke Shopee NT SHOP Malaysia

#5 - Cheap2Shop

Cheap2Shop

Yang terakhir kedai RM2 yang sudah ada di Shopee adalah kedai Cheap2Shop. Menjual barangan keperluan dengan harga RM2.10 sahaja.

Kedai ini juga masih tidak menawarkan barangan yang banyak sama seperti di cawangan mereka iaitu hanya sebanyak 82 jenis barang sahaja. Rating 4.9/5 juga.

Boleh terus ke Shopee Cheap2Shop

Post a Comment

Previous Post Next Post