Cara Kecilkan Saiz Gambar JPEG, PNG Dan File PDF Secara Online Dengan Mudah

Cara Kecilkan Saiz Gambar JPEG, PNG Dan File PDF Secara Online Dengan Mudah

Di era digital sekarang semuanya hanya dilakukan secara online sahaja termasuklah ketika memohon pekerjaan atau isi apa-apa borang permohonan.

Jadi antara keperluan pada borang tersebut, anda perlu upload gambar sendiri. Akan tetapi anda menghadapi masalah apabila gambar yang anda ingin lampirkan saiz terlalu besar melebihi saiz yang diperlukan.

Oleh itu, tidak boleh tidak anda perlu kecilkan saiz gambar tersebut mengikut kehendak yang ditetapkan tak kira dalam saiz MB atau KB sekali pun.

Kini tidak perlu risau lagi, anda boleh ikuti tutorial cara nak kecilkan saiz gambar sama ada dalam format JPEG, PNG atau file PDF.

Bukan itu sahaja, mungkin gambar yang anda inginkan terlalu besar untuk disimpan atau mahu dimuat naik dalam blog atau mana-mana laman sosial. Jadi anda boleh juga guna cara ini.

Ianya mudah sahaja, kerana anda tidak perlu download apa-apa software. Anda hanya menggunakan laman web yang boleh diakses secara online menerusi browser internet.

Cara Kecilkan Saiz Gambar Secara Online

Anda boleh gunakan website ini pada bila-bila masa secara percuma sahaja dengan compress atau kecilkan saiz untuk format JPEG, PNG dan PDF

1)  Pergi ke laman web https://compressjpeg.com/

2)  Kemudian pilih jenis gambar yang anda ingin kecilkan dan klik pada JPEG, PNG atau PDF

Cara Kecilkan Saiz Gambar Secara Online

3)  Seterusnya, anda boleh drag gambar anda ke kotak 'Drop Your Files Here' atau upload gambar seperti biasa dengan klik pada 'Upload Files'

Sekiranya anda ingin kecilkan gambar JPEG, pilih JPEG

Cara Kecilkan Saiz Gambar Secara Online

4)  Kemudian anda tunggu beberapa saat untuk proses kecilkan saiz. Jika sudah, anda hanya perlu klik 'Download' sahaja dan file gambar akan dimuat-turun ke komputer anda.

Cara Kecilkan Saiz Gambar Secara Online

5)  Jika anda rasa saiz gambar tersebut masih besar, anda boleh kecilkan lagi dengan klik pada gambar tersebut dan skroll ke bawah sikit. Kemudian tetapkan pada bahagian meter sehingga saiz yang dikehendaki dan klik 'Apply'. Klik 'Download'

Gambar berjaya dikecilkan saiz dari 1.4 MB kepada 455 KB (berjaya dikecilkan sebanyak 68%)

Cara Kecilkan Saiz Gambar Secara Online

6)  Selesai

Semoga dengan tutorial ini dapat membantu anda bagi kecilkan gambar yang anda ingin gunakan selepas ini.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments