Kit Ujian Kendiri Covid-19, Oximeter, Termometer Akan Diberikan Secara Percuma Kepada Golongan B40

Kit Ujian Kendiri Covid-19, Oximeter, Termometer Akan Diberikan Secara Percuma Kepada Golongan B40

Kerajaan telah memperkenalkan bantuan Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) yang akan disalurkan kepada Keluarga Malaysia kategori B40 secara percuma.

Bantuan PPC ini mengandungi pek pelitup muka guna semula sebanyak 4 keping, kit ujian kendiri Covid-19 sebanyak 4 kit, 1 pulse oximeter, 1 termometer beserta risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

BACA :

Pakej Penjagaan Covid-19 ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

Juga dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dalam akaun twitter beliau

Usaha ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah B40 dan melatih diri membudayakan norma bahru, sekali gus membantu melindungi keluarga mereka daripada jangkitan Covid-19. Ujar Ismail Sabri.

Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian PPC kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan Covid-19.

Buat masa ini, mereka yang berkeluarga dan juga penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima terlebih dahulu.

Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dan ada atau tidak mempunyai anak; ataupun ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments