Bayaran BKC Fasa1 Bermula 6 September 2021 Secara Berperingkat (bkc.hasil.gov.my)

Bayaran BKC Fasa1 Bermula 6 September 2021 Secara Berperingkat

Menurut kata Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdu Aziz, pembayaran Fasa 1 bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat bermula 6 September secara berperingkat.

Memetik laporan Bernama, pembayaran akan dibuat mulai 6 September 2021 bagi penerima B40 dan 9 September 2021 bagi penerima M40, ujar beliau lagi.

BKC sebelum ini diumumkan oleh Perdana Menteri Ke-8 di dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dimana bantuan tunai langsung yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik.

Mereka yang layak adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan dengan klasifikasi Miskin Tegar, golongan B40 dan golongan M40.

Orang ramai tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti permohonan BPR 2021, daripada data JKM, eKasih dan juga Percukaian (LHDNM).

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat dalam 3 fasa iaitu :

  • Fasa 1 (6-9 September 2021)
  • Fasa 2 (November 2021)
  • Fasa 3 (Disember 2021)


Untuk jumlah bayaran yang diterima adalah seperti berikut :

  • Miskin Tegar - Isi Rumah (RM1,300) | Warga Emas (RM500) | Bujang (RM500)
  • B40 - Isi Rumah (RM800) | Warga Emas (RM200) | Bujang (RM200)
  • M40 - Isi Rumah (RM25) | Warga Emas (RM100) | Bujang (RM100)

Jadi bermula 6 September ini, pembayaran akan dibuat kepada akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 atau menerusi akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian.

Anda boleh semak status kelayakan di pautan bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC

Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan info di pautan Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Post a Comment

Previous Post Next Post