Shopee Memperkenalkan 'Shopee Seller Affiliate Programme' Khusus Untuk Penjual

Shopee Seller Affiliate Programme 2021

Hari ini Shopee telah memperkenalkan sebuah program affiliate khusus untuk seller atau penjual pula iaitu menerusi Shopee Seller Affiliate Programme (SSAP).

Sama seperti Shopee Ambassador / Affiliate Programme (SAP) yang ditawarkan kepada semua pengguna dimana seller juga boleh generate link affiliate daripada kedai Shopee mereka sendiri dan boleh dapatkan komisyen daripada setiap pembelian.

Jika sertai SAP, anda akan peroleh komisyen daripada storewide atau semua kedai di Shopee tetapi berbeza dengan SSAP dimana komisyen akan diperoleh daripada kedai anda sendiri sahaja.

Cara guna shopee seller affiliate

Caranya sama sahaja bagi program terbaru ini. Dapatkan link affiliate jika sudah layak, kemudian kongsikan di media sosial.

Jika ada yang klik dan buat pembelian, anda akan dapat insentif atau komisyen.

Teruskan bacaan dibawah


Shopee Seller Affiliate Programme

Setakat ini hanya seller yang terpilih sahaja yang boleh menyertai program ini. Jika layak, anda akan diberitahu dan permohonan adalah secara automatik.

Cara guna shopee seller affiliate

Kesemua ciri ini, anda boleh lihat dengan menggunakan aplikasi Shopee sahaja. Anda boleh trek segala transaksi yang berlaku.

Penyertaan adalah percuma dan bayaran komisyen akan diberikan secara bulanan, berbeza dengan SAP dimana secara 2-3 bulan.

Jadi komisyen yang diperoleh pada bulan September, akan dibayar kepada seller tersebut pada bulan Oktober dan seterusnya.

Dari Segi Komisyen

Jika dibandingkan dengan program SAP, sebenarnya SSAP ini menawarkan komisyen agak tinggi dan jika dilihat paling rendah adalah 5.5% iaitu untuk pelanggan sedia ada. 

Pastinya nilai komisyen atau insentif yang diberi berbeza mengikut kategori barangan seperti elektronik, fesyen, lifestyle dan sebagainya.

Cara guna shopee seller affiliate

Cara Seller Dapatkan Komisyen

Program Seller Affiliate ini akan dikira selepas completed paid order sahaja dan bukan fraud order. Link affiliate adalah sah selama 7 hari dari kali terakhir buyer klik.

Anda tidak akan menerima apa-apa komisyen sekiranya

  • Completed order berlaku di kedai Shopee orang lain
  • Incomplete order seperti return & refund, tidak bayar, fraud dan sebagainya

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat carta aliran dibawah

Cara guna shopee seller affiliate

Jadi kepada seller Shopee khususnya, pastikan anda semak jika anda layak untuk sertai Shopee Seller Affiliate Programme atau tidak dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk di Seller Education Hub

Post a Comment

Previous Post Next Post