Shah Firdaus maklumkan beliau ok dan akan teruskan perlumbaan esok

Shah Firdaus maklumkan beliau ok dan akan teruskan perlumbaan esok

Muhammad Shah Firdaus Sahrom memaklumkan keadaanya kini ok dan juga menambah dimana beliau akan menyambung dan serta perlumbaan esok bagi peringkat Suki Akhir bagai acara Keirin, Berbasikal Trek.

Kenyataan ini dimaklumkan menerusi perkongsian instagram stories milik beliau, @shahfirdaus95 sebentar tadi berkenaan keadaan beliau selepas terjatuh akibat kemalangan ketika beraksi pada pusingan awal.

Shah Firdaus mengucapkan ribuan terima kepada kepada semua yang menyokong dan mengambil berat serta memberitahu keadaannya ok selepas membuat pemeriksaan X-Ray dan CT scan.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan supaya orang rumai khususnya penyokong pasukan negara tidak membuat andaian buruk kepada mana-mana pelumba. 

Shah Firdaus maklumkan beliau ok dan akan teruskan perlumbaan esok

"Kemalangan memang biasa berlaku di dalam acara Lumba Basikal Trek terutamanya dalam acara Keirin dan tiada siapa yang berniat untuk melakukan sedemikian" - Ujar beliau

Tambah beliau "Ianya juga merupakan sebahagian daripada perlumbaan dan pastinya semua datang untuk menang dan menjadi juara"

Beliau menganggap kemalangan yang berlaku terhadap beliau yang berlaku dalam acara Keirin sebentar tadi adalah sebahagian daripada perlumbaan. Lagi pun Shah berjaya bangkit dan berjaya mara ke peringkat Suku Akhir.

"Saya akan cuba lebih baik pada esok (peringkat Suku Akhir) dan mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia untuk kesihatannya" - Shah Firdaus

Ayuh Shah Firdaus! Tunjukkan apa rider Malaysia ada kali ini dalam Olimpik Tokyo 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post